Nak makan udang cereal tapi harga di kedai terlalu mahal? Di sini saya akan kongsikan resepi udang cereal yang dibuat oleh Dahlia’s Kitchen. Pasti sedap dan mudah.
Bahan-bahan untuk perap udang:
- 1 kg udang (citarasa masing-masing)
- 1 sudu teh garam
- 1 biji telur (dikacau)
- 2-4 sudu besar penuh tepung gandum
Bahan-bahan untuk cereal:
- 1 setengah cawan cereal (citarasa masing-masing)
- 3 sudu makan penuh tepung susu
- 3 sudu makan gula pasir
- 1 sudu teh garam
Bahan-bahan untuk tumis:
- 7-10 tangkai daun kari
- 3-4 batang cili padi (citarasa masing-masing)
- 100 gram butter
Cara-cara penyediaan & memasak:
- First potong udang, basuh bersih dan toskan
- Kemudian masukan sedikit garam, sebiji telur, tepung gandum
- Pastikan minyak panas, kemudian goreng hingga garing
- Untuk rempahnya, masukan garam, gula, susu tepung dan nestum kemudian gaulkan
- Selepas itu, buat cereal butter, masukan butter, dan masukan daun kari hingga naik bau
- Kemudian masukan nestum tadi hingga nestum bertukar warna
- Selepas itu masuk udang
Selamat mencuba! Cuba jangan tak cuba. Kalau tak cuba tak tahu…
Kredit: Dahlia’s Kitchen