Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Udang Spicy Sweet Sour, Rasa Masam Manis Pedas Yang ‘Perfect’!

Resepi Udang Spicy Sweet Sour, Rasa Masam Manis Pedas Yang ‘Perfect’!

Kategori:
Udang Spicy Sweet Sour

Sedapnya tengok Udang Spicy Sweet Sour ni! Terliur sangat tengok sampai kecur air liur. Rupanya tak susah pun nak buat rupanya. Udang hanya perlu dicelur dan sosnya tidak perlu tumis, kacau-kacau sahaja. Jom ikuti cara membuatnya, perkongsian oleh Qema Fazri di bawah.

Resepi Udang Spicy Sweet Sour, Rasa Masam Manis Pedas Yang ‘Perfect’!

Bahan-bahan:

  • Isi udang yang dicelur (kupas tinggal janggut dan ekor je)
  • Boleh juga guna seafood lain yang sudah dicelur

Bahan sos:

  • Cili kecil ditumbuk lumat (kuantiti atas tahap kepedasan yang diingini)
  • 2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • Serbuk cili kering kasar (beli kat kedai)
  • Halia muda dicincang halus
  • Daun ketumbar dicincang halus
  • Gula perang (gula putih pun boleh)

Cara-caranya:

  1. Gaul sebati semua bahan sos. Perasakan dengan garam. Boleh juga letak sos ikan kalau ada.
  2. Kemudian gaul sebati bersama udang/seafood lain.
  3. Sedap diratah begitu sahaja atau dimakan dengan nasi.
  4. Selamat mencuba!

Kredit: Qema Fazri

tags: |