Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Wajik Paling Mudah Guna 4 Bahan, Sukat Bahan Guna Cawan Je

Resepi Wajik Paling Mudah Guna 4 Bahan, Sukat Bahan Guna Cawan Je

Kategori:
Resepi Wajik Paling Mudah

Sedap wajik ni, tapi susah dah nak jumpa orang yang jual sekarang. Kalau rasa nak makan boleh buat sendiri kat rumah. Mudah je nak buat rupanya, hanya perlu guna 4 bahan mudah. Jom ikuti resepi wajik paling mudah di bawah.

Resepi Wajik Paling Mudah

Bahan-bahan:

  • 4 cawan pulut
  • 5 cawan santan
  • 4 cawan gula merah (masak dengan 1 cawan air dan tapiskan)
  • 1 1/2 cawan gula putih

Cara-cara:

  1. Rendam pulut selama 3 jam dan kukus selama 25 minit. Bila dah siap, ketepikan dulu.
  2. Masak santan, gula merah, gula putih dan garam sedikit kalau nak rasa lemak-lemak. Kalau letak santan lebih, lagi rasa lemak berkrim, baru puas makan.
  3. Masak sampai bertali pekat baru masukkan pulut. Dah cantik pekat sekata dengan pulut, baru masukkan dalam loyang, talam atau apa-apa yang anda suka.
  4. Selamat mencuba!

Kredit: Siti Mariam

tags: |