Sedapnya yong tau foo ni. Memang wajib beli setiap kali pergi pasar malam. Tetapi disebabkan situasi semasa sekarang, anda boleh cuba buat sendiri kat rumah. Mana tahu lagi sedap dari pasar malam kan? Jom cuba!
Resepi Yong Tau Foo Express, Memang Sedap Macam Kat Pasar Malam
Bahan-bahan:
- Bijan
- Cili kering
- Sedikti air
- 1 inci belacan
- 4 sudu makan gula melaka hancur + 600ml air
- Kicap pekat
- Garam
- Ajinamoto
- Bancuhan tepung jagung/kanji
- Bahan-bahan yong tau foo (kangkung, sotong kembang, fish cake, fish ball dll)
Cara-cara:
- Goreng bijan tanpa minyak hingga kekuningan. Angkat.
- Kemudian, goreng cili kering sampai garing. Gunakan cili mengikut tahap kepedasan anda.
- Blend cili dengan sedikit air.
- Masukkan belacan dalam 1 inci. Dan kisar lagi.
- Masukkan dalam kuali, tapi kena tapis dulu untuk dapatkan kuah yang halus.
- Potong hancur gula melaka dalam 4 sudu makan, bancuh bersama 600 ml air. Kalau nak kurang manis, kurangkan gula melaka. Tapiskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
- Ini campuran cili kisar dan gula melaka. Kemudian masukkan kicap pekat.
- Warna selepas masukkan kicap. Perisakan dengan garam dan ajinamoto.
- Tunggu sampai mendidih, perlahankan api da masukkan bancuhan tepung jagung/kanji.
- Untuk kepekatan, mengikut kesukaan masing-masing.
- Siap kuah. Untuk bahan lagi ikut kesukaan anda, celurkan je kangkung, sotong kembang, fish cake, fish ball dan lain-lain. Jangan lupa taburkan bijan di atas.
Kredit: Lemari Cik Chinta