Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Mungkin ada yang sudah mula mencari resipi istimewa sempena Ramadan kerana mahu membeli bahan-bahan yang diperlukan terlebih dahulu. Resipi agar-agar cendol ini wajib dimasukkan dalam list anda ya!
Kalau dapat makan sejuk-sejuk semasa berbuka puasa memang nikmat habis! Yang penting, agar-agar tidak terpisah bahagian atas dan bawah jika ikut resipi ini. Semoga bermanfaat!
Sedapnya Agar-Agar Cendol, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Nikmat!
Bahan lapisan gula merah:
-
5 gm agar-agar serbuk
-
2 cawan air
-
5 sb gula merah
Bahan lapisan cendol:
-
5 gm agar-agar serbuk
-
1 1/2 cawan air
-
1/2 cawan santan pekat
-
1 sk garam
-
2 sb gula biasa
Cara-cara lapisan gula merah:
-
Masak lapisan gula merah sehingga agar-agar larut.
-
Kemudian tapiskan ke dalam bekas. Bila dah separuh beku cucukkan dengan garfu. Cucuk banyak tempat.
Cara-cara lapisan cendol:
-
Masak lapisan cendol seperti masak lapisan gula merah tetapi jangan masukkan cendol dahulu.
-
Bila agar-agar dalam lapisan santan dah larut tapiskan dan masukkan cendol.
-
Kemudian tuang ke atas adunan gula merah menggunakan senduk.
-
Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais.
Tips penting:
- Agar-agar perlu dipanaskan sentiasa sepanjang proses membuat agar-agar supaya ia tidak keras/set sebelum sempat dilapis
- Pastikan agar-agar dipanaskan menggunakan api yang sangat kecil
- Untuk setiap lapisan, biarkan ia set di SUHU BILIK selama 8 – 9 minit sahaja untuk setiap lapisan. Jangan biarkan terlalu lama kerana nanti agar-agar tidak akan melekat antara satu sama lain
Siap! Selamat mencuba
Kredit: Nur Haziqah