Kebiasaannya tak ramai nak mencuba makan telur ikan atau apa-apa organ daripada haiwan kerana takut rasanya pelik. Namun, belum cuba belum tahu kerana rasanya sangat rare untuk dijumpai.
Pernah tak anda merasa telur Ikan Mayong? Dikatakan ini adalah ikan kebangsaan orang Muar dan wanita yang ingin kahwini lelaki Muar haruslah pandai memasak ikan ini. Ini resipi Asam Pedas Telur Ikan Mayong yang anda boleh cuba sahaja di rumah kerana ini adalah sangat rare dan wajib dicuba!
Asam Pedas Telur Ikan Mayong Sangat Rare! Tak Semua Orang Nak Rasa Telur Ikan Ini, Sekali Rasa Sampai Terbayang Dalam Tidur
Resipi Asam Pedas Telur Ikan Mayong ini dikongsikan oleh Azie Kitchen dan dikongsikan semula di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.
Bahan-Bahan:
- Telur ikan mayong
- 3 ulas bawang putih – guna 1 sudu kecil
- 1 labu bawang besar – guna 2 sudu besar
- 1 inci halia – guna 1/2 sudu kecil halia
- 1 senduk cili giling – 3-4 sudu besar
- Sebesar ibu jari belacan
- 1 bunga kantan dibelah
- 1 pelepah daun kari
- 1 sudu besar pes asam jawa adabi
- Garam
- Serbuk perasa
Cara Penyediaannya:
- Satukan pes bawang bawang, halia dan belacan. Tumis pes ini sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Bila naik minyak, masukkan daun kari dan bunga kantan.
- Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak hingga mendidih, masukkan telor ikan dan asam jawa.
- Renih atas dapur dan masuk kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.
- Jika terlebih masam, masuk air. Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
Rare betul resipi Asam Pedas Telur Ikan Mayong ini kerana jarang sekali orang memasaknya.
Selamat Mencuba!
Kredit: Azie Kitchen
Baca Juga: Buat Penggemar Telur Ikan, Anda Tidak Tahu Nak Masak Apa Untuk Lauk Itu? Ini Adalah Resepi Telur Ikan Masak Kari Untuk Anda