Hidangan ayam kicap memang mempunyai pelbagai cara masak yang berbeza kan. Nama saja hidangan sama, tapi jika memasak dengan cara lain, ia mempunyai dan melahirkan rasa yang berbeza.
Misalnya, resepi ayam kicap paling simple yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh menerusi perkongsian kali ini memang nampak menyelerakan. Menurut beliau, resepi tersebut merupakan hasil yang dipelajari dari arwah ibunya.
Kalau kalian tiada idea nak masak apa, bolehlah cuba masak menu ini nanti ya. Selamat mencuba! Memang rasa masakan ibu sangat!
Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam Kicap Paling Simple Ajaran Arwah Ibu, Rindu Rasa Masakan Macam Ni!
Bahan-Bahan:
- Ayam 1 ekor – dipotong kecil
- serai 2 batang dihiris nipis
- halia seinci
- bawang putih 6 ulas
- cili kering kisar 1 senduk
- sos cili 3 sudu
- sos tiram 2 sudu
- kicap pekat 3 sudu
- bawang besar – dipotong bulat
- cili besar – dihiris nipis
Cara Penyediaan:
- Cuci bersih ayam. Gaul dengan garam, ajinamoto dan kunyit.
- Goreng ayam sehingga separa masak, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumbuk serai, halia dan bawang putih sehingga halus dan lumat.
- Masukkan cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
- Perasakan dengan garam, ajinnamoto dan gula.
- Seterusnya masukkan bawang besar dan cilli besar.
- Seterusnya masukkan bawang besar dan cili besar.
- Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.
Siap sudah hidangan ayam kicap paling simple ni. Yang penting resepi ni memang rasa masakan emak-emak. Bukan setakat senang, tapi sedap dan cukup rasa!
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Yayar B. Awang Noh
Baca juga: Resepi Asam Laksa Original Versi Cina, Kuah Pekat Dan Isi Ikan Berketul, Memang Padu!