Kadang-kadang dah bosan tak tahu nak masak cara macam mana ayam. Nak buat ayam goreng, gulai ayam dah biasa sangat. Bolehlah tukar selera dengan cara masak lain pula untuk hilangkan rasa bosan.
Resipi Ayam Masak Padang sangat sesuai untuk anda hilang bosan kerana ianya lain dari yang lain. Tak cuba memasak cara ini memang rugi!
Lauk Tengah Hari Yang Sesuai Untuk Semua Generasi, Resipi Ayam Masak Padang Paling Mudah & Simple! Wajib Buat!
Resipi Ayam Masak Padang ini dikongsikan oleh Rosnah Abu Bakar di Facebook Page Masak Apa Hari Ini yang memaparkan pelbagai resipi yang dikongsikan.
Gambar sekadar hiasan
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam di potong 8 /10
- Bawang merah 5 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Sedikit halia
- 2 batang serai
- Kunyit basah sedikit
- Kacang Gajus
- Kerisik peket kecik / 4 sudu besar
- 7 Cili padi Merah
- 7 Cili padi hijau
- 6 Cili besar Merah
- 6 Cil besar hijau
- 2 helai Daun kunyit – dihiris halus
- Minyak untuk menumis
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
Gambar sekadar hiasan
Cara Penyediaannya:
- Panaskan minyak ke dalam kuali.
- Bawang merah, bawang putih, halia, serai, kacang gajus, cili padi merah dan hijau, cili besar merah dan hijau, kunyit basah kesemuanya diblender halus. Tumis betul garing dengan api perlahan.
- Dah garing rempahnya boleh masukan ayam.
- Gaul sebati hingga rempahnya meresap ke semua ayam.
- Dah agak separuh masak, masukan kerisik.
- Gaul lagi, lalu masukkan garam atau gula, serbuk perasa ikut suka.
- Perasakan cukup rasanya, boleh lah di tabur daun kunyit yang dihiris halus.
Gambar sekadar hiasan
Ayam Masak Padang ini bolehlah anda cuba di rumah dan masak untuk tengah hari ini atau petang.
Selamat Mencuba!
Kredit: Rosnah Abu Bakar
Baca Juga: Mana Peminat Sambal? Ini Resipi Sambal Padang Bikin Berpeluh, Masak Macam Ni Boleh Tahan Berbulan-Bulan