Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Meraung Bakar Thai, Untuk Bukan Peminat Daging

Resepi Ayam Meraung Bakar Thai, Untuk Bukan Peminat Daging

Kategori: ,,
Resepi Ayam Meraung

Resepi Ayam Meraung ini berinspirasikan dari daging bakar Thai. Khas untuk anda yang suka makan ayam berbanding daging. Jom cuba resepi oleh Sarina Seman.

Resepi Ayam Meraung Bakar Thai, Untuk Bukan Peminat Daging

Malam ni kakak nak kongsikan resipi ni, Ayam Meraung. Berinspirasikan daging bakar Thai, tapi kali ni kakak guna ayam atas permintaan kluster ayam kat rumah ni. Ayam potong 4, kakak guna bahagian peha dan betis, buang tulang.

 

Bahan perapan daging/ayam (perap 3 jam):

  • Daging (biar ada lemak sikit)/ayam
  • Akar ketumbar
  • Bawang putih
  • Gula perang
  • Sos ikan
  • Kicap pekat
  • Lada sulah/hitam
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan kecuali daging/ayam, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
  2. Kakak perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
  3. Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.

Bahan sos:

  • Sos ikan
  • Air asam jawa
  • Perahan limau nipis
  • Gula kabung/nisan Thai
  • Serbuk cili kasar
  • Beras goreng
  • Daun ketumbar (cincang)
  • Akar ketumbar (cincang)
  • Cili padi (cincang)
  • Bawang merah (cincang)
  • Bawang putih (cincang)

Cara-cara:

Bancuh semua bahan, perasakan.

Kredit: Sarina Seman

Selamat mencuba!

tags: |