Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Biskut Aiskrim Lengend Yang Menggamit Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Resipi Biskut Aiskrim Lengend Yang Menggamit Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Kategori: ,

Musim perayaan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Di bazar dan di kedai-kedai juga sudah mula menjual biskut raya. Tapi harini nak kongsikan 1 resipi biskut yang selalu menjadi tumpuan ketika Hari Raya iaitu  biskut aiskrim legend yang sangat enak.

Biskut ini dapat menarik perhatian dengan bentuknya yang unik dan rasa yang lazat, menjadikannya pilihan yang menarik untuk disediakan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Resipi Biskut Aiskrim Lengend Yang Menggamit Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Bahan-Bahan:

  • 250g butter
  • 100g gula aising
  • 40g tepung susu
  • 120g tepung jagung
  • 240g tepung gandum
  • 150g coklat masakan (milk/dark compund)
  • kuning telur
  • pewarna kuning
  • rainbow sprinkles

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan butter dan gula aising ke dalam mangkuk, kacau sebati.
  2. Seterusnya masukkan tepung susu dan tepung jagung, kacau hingga adunan sebati.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli doh hingga tidak melekat di tangan.
  4. Canaikan doh ikut ketebalan yang sesuai.
  5. Tekap doh menggunakan acuan biskut aiskrim dan susun ke atas tray.biskut aiskrim
  6. Kacau kuning telur dan letak setitik pewarna kuning.
  7. Sapu kuning telur pada bahagian hujung biskut.biskut aiskrim
  8. Bakar adunan dalam oven menggunakan suhu 160°C dalam masa 20 minit.
  9. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiling.
  10. Apabila biskut yang di bakar tadi sudah sejuk, celup bahagian atas biskut ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan.
  11. Hias bahagian yang telah dicelup coklat dengan rainbow sprinkles.biskut aiskrim
  12. Biarkan coklat mengeras sebelum susun dalam balang. biskut aiskrim legend

Selamat mencuba!

Sumber: Ainna

tags: |