Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Cara Mudah Buat ‘Biskut Dam’ Hanya Guna Sukatan Cawan, Sesuai Dijadikan Kudapan Raya

Cara Mudah Buat ‘Biskut Dam’ Hanya Guna Sukatan Cawan, Sesuai Dijadikan Kudapan Raya

Kategori:
Biskut Dam

Biskut dam, kuih dulu-dulu yang popular dan menjadi kegemaran ramai. Sesuai dijadikan sebagai kudapan raya. Memang confirm laku! Sedap sangat dan cara buatnya pun mudah. Jom cuba!

Cara Mudah Buat ‘Biskut Dam’

Bahan-bahan:

  • 1 buku buttercup (250g) (atau 1 cawan planta/marjerin
  • 3/4 cawan gula halus (boleh ganti susu pekat manis 1 tin)
  • 1 biji telur ayam saiz A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

  1. Gaulkan buttercup/marjerin/planta dengan gula sampai sebati.
  2. Masukkan telur & esen vanilla. Kacau.
  3. Masukkan tepung jagung & tepung gandum. Uli sampai tak lekat di tangan. Kalau masih melekat, tambahkan tepung jagung.
  4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian gaulkan dengan serbuk koko.
  5. Buat potongan & susun selang seli seperti dlm gambar.
  6. Potong guna benang.
  7. Bakar api atas bawah 170° 20-30 minit (ikut oven masing²).

Kredit: Midah Mohamad 

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat ‘Popia Cheese Krup Krap’, Mudah Sangat Guna 3 Bahan Je

 

tags: