Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Bun Sardin Yang Sangat Gebu, Rupanya Mudah Sahaja Untuk Hasilkan Roti Gebu Ini!

Resipi Bun Sardin Yang Sangat Gebu, Rupanya Mudah Sahaja Untuk Hasilkan Roti Gebu Ini!

Kategori: ,

Dulu selalu berfikir bahawa, susahnya nak buat roti kegemaran sendiri kerana fikir resipinya sangat renyah. Tapi, apabila dilihat kepada resipi rupanya mudah sahaja.

Ini dia Resipi Bun Sardin yang sangat mudah untuk dihasilkan, gebu pula tu.

Resipi Bun Sardin Yang Sangat Gebu, Rupanya Mudah Sahaja Untuk Hasilkan Roti Gebu Ini!

Resipi Bun Sardin ini dikongsikan oleh Eniza M. Salim dan dikongsikan semula di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.

Bun Sardin

Bahan-Bahan Roti:

  • 1/2 kg tepung
  • 1¼ cawan air suam
  • 1 paket mauripan
  • 2 sudu marjerin
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu gula

** tambah 1/2 sudu teh bread improve (jika ada) untuk roti lebih lembut

Bahan-Bahan Inti:

  • 1 tin kecil sardin
  • 1 bawang besar holland- cincang
  • 2 sudu cili blend bersama bawang
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu minyak

Cara Penyediaannya:

  1. Masak inti dahulu. Panaskan minyak dan tumis bawang holland cincang. Masukan cili kisar hingga garing. Tambah sardin lenyek tanpa sos. Tambah garam/gula & masak hingga kering. Sejukkan
  2. Bancuh yis dengan 1/4 caaan air dan 2 sudu gula. Biar 10 minit hingga berbuih. (Jika tidak berbuih, mungkin yis sudah mati dan sila ganti yis baru
  3. Gaul tepung dengan susu, marjerin, garam dan masukkan bancuhan yis
  4. Tambah air sikit demi sikit sambil diuli hingga lembut. Lebih kurang 1/2 jam
  5. Rehatkan 20 minit
  6. Bulat-bulatkan dough sebesar bola pingpong dan sikan setiap bebola dengan inti sardin
  7. Susun dalam tray dan biar dough naik selama 1/2 jam
  8. Panaskan oven 180° selama 10 minit & masukkan tray roti dan bake lebih kurang 20 minit
  9. Bila masak angkat dan sapu butter pada permukaan roti.. Biar sejuk

Bun Sardin

Terus terhasil bun sardin yang gebu dan lembut, buat rasa terliur nak makan terus bila keluar daripada oven.

Selamat Mencuba!

Kredit: Eniza M. Salim

Baca Juga: Gabungan Roti Ini Buat Sandwich Lagi Sedap, Ada Rasa Strawberi Dan Coklat Saling Melengkapi!

tags: | |