Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Burger Malaysia Yang Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia

Resipi Burger Malaysia Yang Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia

Kategori: ,

Ini dia resepi burger Malaysia yang sehingga kini masih digilai oleh rakyat Malaysia.  Betapa legendnya burger Malaysia ini. Makan sewaktu minum petang bersama teh o ais memang sedap. Jom kita cuba buat.

RESEPI BURGER MALAYSIA

BAHAN-BAHAN:

Bahan A

  • 1 1/2 cawan air suam
  • 1 paket yis
  • 2 sdb gula pasir

( Satukan semua dlm satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 – 6minit lebih kurang )

Bahan B

  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sdb membukit butter guna marjerin pun boleh
  • 2 sdb susu pekat manis
  • 1 1/2 sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
  • 1/2 sdt baking soda(effect rangup kulit burger tu nanti)

( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B, gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10 minit.
  2. Peram dalam bekas bertutup 10 minit, tabur tepung dalam talam.
  3. Bulat-bulatkan doh, ikut saiz yg dikehendaki. Tekan sikit atas doh tu, susun dalam talam. Buat hingga siap.
  4. Peram lagi 18-20 minit dan bolehlah digoreng.
  5. Guna api sederhana, sentiasa balik-balikkan.

RESEPI SAMBAL BILIS (khas untuk burger Malaysia sahaja)

BAHAN-BAHAN:

  • 2 genggam ikan bilis | Goreng dan toskan
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 sdb sos cili
  • 1 1/2 sdb gula
  • Sedikit garam
  • Bahan perasa jika perlu
  • 1/2 cawan air
  • 1 1/2 senduk minyak masak utk menumis

Bahan kisar

  • 10-12 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3- 4 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tumis bahan kisar.
  3. Masukkan gula, umiskan hingga betul-betul naik minyak dan cili berubah warna.
  4. Masukkan sos cili dan kacau.
  5. Masukkan bawang hiris dan ikan bilis serta air bila agak pekat masukkan garam dan bahan perasa.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Mariana Zainal Via MAHN

Baca juga: Cara Buat Susu Pekat Manis Hanya Dengan 3 Minit Dan 3 Bahan Sahaja

tags: