Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Burn Cheese Cake Step-By-Step & Tips Sukat Bahan Tanpa Guna Penimbang

Resipi Burn Cheese Cake Step-By-Step & Tips Sukat Bahan Tanpa Guna Penimbang

Kategori: ,
resipi burn cheese cake

Anda masih tercari-cari resepi mudah nak buat burn cheese cake? Nah, ini dia resipi burn cheese cake mudah untuk anda, semudah ABC je! Memang pasti menjadi kalau pertama kali buat pun.

Untuk yang tiada penimbang di rumah, jangan lupa baca sampai habis untuk tahu tips sukat bahan-bahan tanpa menggunakan penimbang.

Jom ikuti perkongsian Resipi Burn Cheese Cake oleh Rita Zara di bawah.

Bahan-bahan:

  • 250g cream cheese
  • 125ml whipping cream DAIRY cth anchor, emborg, arla (TAK BOLEH PAKAI NON DAIRY WHIPPING CREAM/FRESH CREAM sebab perlukan fat yang cukup)
  • 85g gula
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 2 butir telur B (Nak A pun boleh)
  • 9g tepung gandum diayak

Tips tanpa guna penimbang:

  • 250g cream cheese tu korang beli terus yg berat 250g. Kalau beli yg 500g korang ltk je setengah agak2 boleh, tak dosa.
  • 125ml whipping cream tu beli yg 250ml, korang tuang setengah.
  • 2 telur tetap 2 telur
  • 9g tepung lebih kurang 1 sudu makan. Tgk gambar bawah2.
  • 85g gula pon pegi tgk gambar. Lebih kurang 5 setengah sudu makan.

 

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 200 degree.
  2. Putar 250g cream cheese dengan 85g gula, putar sampai kembang, dalam 2minit camtu pakai kelajuan sedang.
  3. Masuk telur satu per satu dan esen vanilla. Putar sebati.
  4. Masuk tepung yang dah diayak. Kemudian sebatikan pakai hand whisk je dalam 10 pusingan.
  5. Masukkan whipping cream, whisk perlahan-lahan pakai hand whisk sehingga sebati, dalam 20-23 putaran hand whisk tu.
  6. Jadi macam ni.
  7. Guna loyang 6, sapukan butte. Saya pakai size 7 sbb 6 xde. Pakai size 6 akan lg cantik dan tinggi. Pastu letak baking paper berlebih-lebihan biar senang nanti nak tarik kuar.
  8. Tuang adunan tadi. Hentak2 sikit bg release air bubble.
  9. Bakar suhu atas bawah, 200’C, 1 jam. Dah tinggal 10min terakhir tu, korang naikkan lah suhu dalam 210’C cantu, utk bg die lagi hitam. Oven ni dah panaskan daripada tadi, daripada awal2 korang nak start buat.
  10. Dah masak. Biar dlm 15min. Pastu bukak baking paper die. Boleh potong dan ngapppp… Jgn lupe bg jiran sebelah bior idop berkat hahaha.
  11. Selamat mencuba!

 

tags: