Disini saya akan kongsikan Resipi Classic Coney Dog Ala A&W. Classic coney dog merupakan antara menu yang terkenal di A&W.
Jika anda teringin nak makan, anda boleh cuba buat sendiri di rumah.
Zurina Zulkefli berkongsikan di laman sosial Facebooknya, resepi mudah untuk membuat classic coney dog ataupun roti coney sosej ini.
Ibu Ini Kongsi Resipi Classic Coney Dog Ala A&W, Lazat Dan Ringkas Semua Pasti Suka!
Bahan-Bahan:
- Roti
- Bawang putih
- Bawang holland
- Lobak merah
- Cili kering kisar
- Sos tomato
- Serbuk jintan putih
- Serbuk kari pedas
- Serbuk cili
- Serbuk lada hitam
- Sosek
- Daging lembu kisar
- Garam
Cara Penyediaan:
- Sediakan bahan untuk membuat sos iaitu 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang holland, 1 biji lobak merah dan sepaket daging lembur kisar. Cincang halus dan tumis bersama minyak panas. Gaul rata masakan.
- Kemudian masukkan rempah: 2 sudu besar cili kering kisar, 4 s/b sos tomato, 2 sudu kecil serbuk jintan putih, 2 s/k serbuk kari pedas, 2 s/k serbuk cili, 1 s/k serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan air secawan. *Rasa utama sos ni adalah jintan putih.
- Kacau sehingga masak. Pastikan sos tidak terlalu cair dan tidak terlalu kering. Biarkan sos seketika.
- Sebiji bawang holland dipotong dadu dan rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang air tersebut.
- Sosej dikukus selama 5 minit, manakala roti dikukus selama 1 minit.
- Masukkan sosej ke dalam roti, kemudian tuangkan sos daging cincang dan akhir sekali taburkan bawang holland.
- Sedia dihidang dan dimakan.
Mudah je kan, selamat mencuba dan menikmati semuanya!
Sumber: Zurina Zulkefli
Baca juga: Pening Nak Sediakan Breakfast Apa Untuk Keluarga? Jom Cuba Resipi Roti Butter + Kaya Cara Ini. Confirm Sedap Rasa Creamy!