Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Pernah Tak Anda Rasa Daging Rusa Macam Mana? Ini Resipi Daging Rusa Masak Kunyit, Daging Harga Kayangan Ini Dapat Buat Anda Kenyang Tersandar

Pernah Tak Anda Rasa Daging Rusa Macam Mana? Ini Resipi Daging Rusa Masak Kunyit, Daging Harga Kayangan Ini Dapat Buat Anda Kenyang Tersandar

Kategori: ,

Tak semua orang pernah merasa bagaimana rasa daging rusa kerana harganya boleh dikatakan agak mahal dan risau jika rasanya lain. Tapi, apa salahnya mencuba kerana peluang hanya datang sekali dalam hidup anda untuk rasa benda-benda pelik.

Jadi, ini Resipi Daging Rusa Masak Kunyit yang anda boleh cuba sahaja di rumah. Masaknya sama sahaja anda memasak daging lembu.

Pernah Tak Anda Rasa Daging Rusa Macam Mana? Ini Resipi Daging Rusa Masak Kunyit, Daging Harga Kayangan Ini Dapat Buat Anda Kenyang Tersandar

Resipi Daging Rusa Masak Kunyit ini dikongsikan oleh Kak Long Ana di Facebook Page Masak Apa Hari Ini.

Daging Rusa Masak Kunyit

Bahan-Bahan Untuk Goreng:

  • Daging rusa
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Minyak masak

Bahan-Bahan Untuk Tumis:

  • Bawang holland (hiris kasar)
  • Bawang putih (tumbuk kasar)
  • Serai (tumbuk kasar)
  • Apa-apa sayuran yang anda gemar
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Kunyit
  • Sos Tiram (jika suka)
  • Cili Padi (dibelah dua)
  • Halia (hiris kasar)

Cara Penyediaan:

  1. Goreng daging separuh garing. Daging digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan tambah sedikit garam. Kemudian angkat.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumis bahan-bahan yang ditulis diatas.
  3. Tumiskan kesemua bahan-bahan.
  4. Perasakan dengan garam, gula ditambah dengan sedikit serbuk kunyit.
  5. Boleh letak sikit sos tiram jika suka dan kemudian masukkan daging tadi
  6. Gaul rata dengan api besar bagi bahan tumis layu. Sekejap sahaja tidak perlu lama dan boleh letak air sedikit sebelum tutup api JIKA anda tidak ingin daging yang garing.

Daging Rusa Masak Kunyit

Mudah bukan untuk masak dan siapkan Resipi Daging Rusa Masak Kunyit ini kan? Rupanya sama sahaja masak daging biasa.

Jadi tunggu apa lagi semua? Selamat Mencuba!

Kredit: Kak Long Ana

Baca Juga: “Orang Kayangan Je Boleh..”, Lelaki Ini Guna Kapak Supreme Potong Daging Korban, Netizen Terkejut!

tags: | |