Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Durian Crepe Kastard Yang Sedap & Berkrim, Buat Sendiri Baru Puas Hati

Resipi Durian Crepe Kastard Yang Sedap & Berkrim, Buat Sendiri Baru Puas Hati

Kategori:
durian crepe kastard

Musim durian datang lagi. Kalau sebut je durian, mesti teringat tempoyak bila makan dengan nasi panas, fuhh sedap! Durian bukan boleh buat lauk je, sebagai pencuci mulut pun boleh contohnya durian crepe kastard!

Mesti pernah dengar kan? Tipulah kalau tak pernah. Secara ringkasnya, durian crepe dihasilkan dari satu lapisan kulit nipis yang bahan utamanya adalah tepung gandum. Dimana di dalamaya terdapat krim segar yang tidak muak dan berintikan isi durian segar.

Bunyi macam sedap kan? Tapi memang sedap! Bolehlah kalau nak cuba buat menggunakan resipi di bawah ini.

Resipi Durian Crepe Kastard

Bahan kulit crepe:

  • 4sb tepung gandum – ayak
  • 2sb tepung ubi – ayak
  • 1sb tepung kastard – ayak
  • 1sb tepung jagung – ayak
  • 1biji telur
  • 1sb gula kastor
  • 150ml air
  • 1sk minyak jagung/minyak masak
  • 1sk esen vanila
  • 1/2 sk pewarna kuning telur

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan, kacaukan sehingga sebati dan tapiskan,
  2. Masukkan dalam 1 senduk kecil jika nak nipis, kalau nak tebal dalam 2 senduk kecil.
  3. Masak dengan api perlahan, guna kuali tak melekat. Masak sehingga bertukar warna dan boleh angkatkan.

Bahan inti:

  • 1sb tepung kastard
  • 1sb gula castor
  • 200ml susu segar
  • Isi durian * jika suka lebihkan pon takpe
  • 100ml non dairy whipping cream

Cara-cara:

  1. Di dalam periuk, satukan tepung kastard, gula kastor dan susu segar. Buka api dan masak dengan perlahan sambil kacau sehingga pekat.
  2. Bila dah pekat, tutup api. Biarkan sejuk, baru masukkan isi durian. Kacau sebati. Ketepikan. Nak senang, masukkan dalam piping beg.
  3. Putarkan whipping cream sehingga kembang. Masukkan dalam piping beg supaya mudah nak picit.
  4. Letakkan semua bahan inti di atas crepe.
  5. Lipat kemas.

Kredit: Abidah Yusof

 

tags: