Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Homemade Fries, Sekali Pekena Memang Tak Pandang Dah Frozen Fries Lain!

Wanita Ini Kongsi Resipi Homemade Fries, Sekali Pekena Memang Tak Pandang Dah Frozen Fries Lain!

Kategori: ,
homemade fries

Antara makanan dan kudapan yang selalu dimakan ketika minum petang ataupun waktu bersahaja adalah fries. Ia memang sedap dan menjadi pilihan untuk dimakan secara ringan.

Sambil dengar lagu atau tengok TV misalnya, memang waktu yang tepat! Jadi sekarang, Daily Makan ingin berkongsi cara buat homemade fries yang rangup lagi sedap. Sekali pekena memang tak pandang dah frozen fries!

Senang lah nak buat, tak payah pergi kedai. Fresh pun fresh!

Wanita Ini Kongsi Resipi Homemade Fries, Sekali Pekena Memang Tak Pandang Dah Frozen Fries Lain!

Bahan & Cara Penyediaan:

  • 4-5 biji kentang. Potong memanjang bentuk fries. Cuci & toskan.homemade fries
  • Ambil sesudu garam & gaul sebati.
  • Set timer 10 minit dekat handphone – biar kentang lembut & jus kentang keluar.homemade fries
  • Selepas 10 minit cuci bersih & toskan sekejap.homemade fries
  • Ambil kitchen towel & lap kentang.
  • Lap lembab-lembab sahaja, tak perlu terlalu kering.homemade fries
  • Ambik pawe bekas aiskrim. Tupperware ke, janji yang ada tutup.
  • Masukkan 2 sudu besar tepung jagung.homemade fries
  • Masukkan 2 genggam fries yang telah di lap tadi.homemade fries
  • Tutup tupperware dan goncang sebati.homemade fries
  • Kentang akan bersalut sebati dengan tepung jagung.homemade fries
  • Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana.homemade fries
  • Goreng kentang yang dah bersalut tepung tadi. Agak kering sedikit angkat dan toskan.
  • Goreng semua kentang sampai habis. Angkat & tos.homemade fries
  • Panaskan minyak dengan api yang besar. Tapi tak terlalu tinggi suhunya. Bila minyak dah agak panas, masukkan semua kentang yang telah digoreng tadi. Sentiasa kacau dan jangan leka. Angkat bila kentang dan mula berbunyi rangup bila berlaga dengan sudip atau warna berbuah menjadi golden brown. homemade fries
  • Siap! Ni guna kentang Pakistan. Kentang Cina lagi manis. homemade fries
  • Ni keledek, saja nak cuba. Memang rangup. Cuma rasanya macam coq keledek. homemade fries

Haaa dah siap hidangan homemade fries kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba!

Sumber: Nija Lim

Baca juga: Tukang Masak Thai Dedah ‘Rahsia’ Buat Tom Yum Gong Sedap! Satu Rumah Puas Makan!

tags: | |