Dugaan untuk ibu sepanjang berpantang adalah dugaan yang paling berat untuk mereka kerana mereka tidak dapat makan makanan kegemaran mereka. Apatah lagi makanan yang dikatakan ‘sejuk’ tidak sesuai untuk mereka kerana takut rahimnya terjadi apa-apa.
Resipi Ikan Bilis Goreng Tepung. Bukan sahaja sesuai untuk ibu berpantang malah ia boleh juga disimpan sebagai stok untuk dimankan bersama bubur.
Resipi Ikan Bilis Goreng Tepung, Sesuai Untuk Ibu Berpantang & Simpan Sebagai Stok Untuk Makan Bersama Bubur
Resipi Ikan Bilis Goreng Tepung ini dikongsikan oleh azdhahuda aziz dan dikongsi semula di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.
Bahan-Bahan:
- Ikan bilis (siap dikopek)
- Tepung bestari spicy (sedikit)
- Tepung beras atau tepung gandum (sedikit)
- Air (sedikit)
Cara Penyediaannya:
- Basuh ikan bilis sekali lalu. Jangan sampai lembik sangat ikan bilis tu.
- Taburkan tepung bestari dan tepung beras.
- Gaulkan bagi tepung melekat. Kalau tak melekat, renjis menggunakan air sedikit
- Goreng minyak panas dan kalau rasa dah garing boleh angkat.
- Anda boleh lebihkan tepung beras atau tepung gandum DARI tepung bestari untuk kurangkan rasa masin.
Resipi ini nak makan dengan nasi panas pun boleh, makan dengan krup krup sahaja. Jadi tunggu apa lagi?
Selamat Mencuba!
Kredit: azdhahuda aziz
Baca Juga: Resepi Sambal Pucuk Ubi Goreng, Sedap Bila Campur Tumis Ikan Bilis Rasa Kriuk-Kriuk Asli. Korang Kena Cuba!