Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Siapa Yang Teringin Makan Masakan Ala Kampung, Boleh Cuba Resipi Ikan Masak Asam Cuka. Rasa Fresh Je Bila Makan!

Siapa Yang Teringin Makan Masakan Ala Kampung, Boleh Cuba Resipi Ikan Masak Asam Cuka. Rasa Fresh Je Bila Makan!

Kategori: ,

Siapa yang tidak suka dengan masakan ala kampung ini memang rugi. Antara resipi yang kebiasaannya ibu-ibu di rumah suka masak adalah ikan masak asam cuka. Rasa masakan ini akan membuka selera anda lebih-lebih lagi nak dekat bulan puasa ni, lepas makan lauk ini terus jadi segar.

Resipi ikan masak asam cuka ni boleh menggunakan pelbagai jenis ikan tetapi lebih sedap jika guna ikan kembung, ikan tongkol ataupun ikan bawal. Bagi yang tidak tahu, selain sedap lauk ini juga dapat membuang rasa hanyir ikan apabila dimasak.

Siapa Yang Teringin Makan Masakan Ala Kampung, Boleh Cuba Resipi Ikan Masak Asam Cuka. Rasa Fresh Je Bila Makan!

Resipi Ikan Masak Asam Cuka ini dikongsikan oleh Arieza Rieza dan dikongsikan semula di Facebook Page Resipi Panas.

ikan masak asam cuka

Bahan-bahan

  • Ikan – isi siap digoreng tetapi jangan sampai garing
  • Bawang besar – 2 ulas
  • Bawang putih 4 ulas
  • Cili besar
  • Cili api
  • Biji sawi
  • Halia
  • Air asam
  • Cuka – 2 sudu makan
  • Air
  • Garam perasa dan gula bagi lebih
  • Timun

ikan masak asam cuka

Cara penyediaan

  1. Panaskan lebihan minyak kemudian masukkan bertanda bawang besar, bawang putih, cili besar, cili api, biji sawi dan juga halia kemudian tumis sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali ikan dan tunggu sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan pastikan masakan anda secukup rasa ada masam dan manis.
  4. Siap untuk dihidangkan dan makan dengan nasi panas-panas.

ikan masak asam cuka

Resipi ini juga sangat laku pada bulan puasa. Rasanya yang menyegarkan akan menjadi penambah selera setelah seharian berpuasa. Lauk yang ringkas sahaja tetapi sangat puas hati. Lepasni kalau anda nak buat menu ringkas tetapi sedap boleh cuba resipi ikan masak asam cuka ini.

Tadaaa! Resipi ikan masak asam cuka kita dah siap. Boleh cuba masakan ini lepasni. Makan dengan nasi panas-panas memang terangkat rasa dia.

Sumber: Arieza Rieza

Baca juga: Makanan Ketagih Zaman Dulu, Ini Dia Resepi Ikan Sepat Tumis Cili Kering, Cara Masak Macam Sambal Ikan Kering

tags: | | |