Bagi korang yang sedang tercari-cari resipi pemanis mulut atau dessert buat pemanis mulut dan refreshing tekak, bolehlah singgah ke perkongsian ini untuk tahu dengan lebih lanjut dessert apa yang Daily Makan ingin kongsikan.
Untuk kali ini, kami akan berkongsi resipi Jelly Laici Kang yang memang rasa sedap dengan manis buahnya. Jom ikuti perkongsian peniaga yang murah hatinya ini.
Sememangnya peniaga berkongsi resipi ini
Peniaga Ini Kongsi Resipi Jelly Laici Kang Rasa Manis-Manis Buah, Boleh Buat Untuk Jamuan Atau Jualan
Bahan-Bahan:
- 18 bekas saiz 250 ml
- air 4.25 liter
- goji beri – 30 gram
- longan kering 54 biji – 3 biji setiap bekas
- kurma merah 18 biji (sebiji 1 bekas)
- white fungus
- 100 gram gula merah
- 200 gram gula pasir putih
- 1 sudu kecil garam
- 10 ketul gula batu
- 16 gram biji selasih
- 1 paket serbuk jelly kelapa
Cara Penyediaan:
- Masukkan air 4.25 liter dalam periuk. Bagi dia panas sekejap. Tak payah mendidih.
- Masukkan dalam periuk air tadi bersama Goji beri masu30 gram dan letak semua longan kering (54 biji, 3 biji setiap bekas), kurma merah (18 biji, sebiji 1 bekas).
- Bilas semua, masuk dalam periuk.
- Agak-agak dah 4-5 minit, angkat goji beri sahaja sebab dia tak boleh lama nanti dia hancur.
- Terus letak dalam bekas 250ml ni.
- Hancurkan white fungus ni dalam bekas. Hancurkan masa dia kering lebih senang sebab kalau dah kena air dia kembang nak kena gunting pula. Dalam 30 gram.
- Bilas white fungus, dia akan kembang dan lembut. Masuk dalam periuk.
- Selepas itu masukkan 100 gram gula merah, 200 gram gula pasir putih, 1 sudu kecil garam, 10 ketul batu, 15 gram biji selasih, separuh masuk dalam periuk, separuh rendam air biasa. Bagi dia kembang.
- Dah cantik warna dia, manis dia dah okay, manis buah-buah. Yang suka manis lagi boleh tambah gula ya.
- Bila gula semua larut, masukkan 1 paket serbuk jelly kelapa.
- Kacau sebati dalam 5 minit tutup api. Api sederhana ja ya. Tak perlu sampai mendidih sangat.
- Masukkan longan dan kurma merah setiap bekas. Selasih yang kita rendam air biasa tadi masukkan juga setiap bekas. Sebab dia akan terapung nanti cantik. Kalau masuk semua dalam periuk air panas nanti selasih akan duduk bawah dasar bekas.
- Sukat guna senduk, saya guna senduk ni ngan 2 senduk setiap bekas. Senduk satu senduk dulu setiap bekas pastu ulang lagi satu senduk. Jangan dua senduk sekaligus risau bekas last-last tak dapat bahan.
- Okay dah setel semua, tunggu sejuk suhu bilik kita masuk dalam peti. Dia memang akan berair sedikit ya nanti bila letak dalam peti. Takda masalah, hirup jelah air tu sedap sangat. Tahan seminggu dalam chiller insyaAllah.
- Tengah chill dalam chiller. Meriah bahan-bahan, sihat dan sedap. Manis-manis buah.
- White fungus terapung-apung bila makan kunyah-kunyah dia sedap betul.
Semoga perkongsiaan ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati.
Sumber: Cik Markonah
Baca juga: Resipi Sambal Kicap Power Ramuan Istimewa, Makan Dengan Apa Sahaja Pun Tetap Sedap!