Bagi sesetengah masyarakat Malaysia, ramai yang tidak menggemari ikan patin ini kerana bentuk dan isinya agak pelik. Tapi ada yang gemar akan ikan patin ini, kerana rasa lemaknya yang sangat sedap dan isinya yang manis.
Boleh dimasak pelbagai jenis masakan dan paling popular adalah Ikan Patin Masak Tempoyak. Tapi masakan itu sudah biasa kita dengar. Apa kata kita olah dengan masakan yang baru iaitu Kari Ikan Patin.
Buat Penggemar Yang Rindukan Ikan Patin, Resipi Kari Ikan Patin! Terbayang Lemak-Lemak Ikan Yang Sedap
Resipi Kari Ikan Patin ini dikongsikan oleh Sayidah Napisah di laman website senarai resipi masakan beliau. Pelbagai resipi masakan yang dikongsikan kepada pengikut-pengikut beliau.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan patin (potong 4 bahagian)
- 1 tangkai daun kari (lurutkan dari tangkainya)
- 1 sudu makan halba campur
- 2 sudu makan rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air)
- 1 sudu makan serbuk cili
- 150 gm yogurt
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 250 ml susu rendah lemak
- 1 biji terung bulat (belah empat)
- 1 biji tomato (belah empat)
- 2 biji cili hijau (belah dua)
- Garam daan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
Bahan-Bahan Menumis:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 sm halia muda
Cara Penyediaannya:
-
Bersihkan ikan patin dan toskan.
-
Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
-
Masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
-
Seterusnya masukkan bancuhan serbuk rempah kari ikan dan serbuk cili.
-
Kacau rata hingga pecah minyak. Masukkan pula yogurt bersama pes asam jawa. Kacau lagi.
-
Biarkan seketika, kemudian masukkan susu rendah lemak. Biarkan kari mereneh sektika.
-
Masukkan ikan bersama terung. Selang beberapa minit, masukkan pula tomato dan hirisan cili.
-
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
Sedapnya kari ikan patin! Makan dengan nasi panas semasa berbuka lagi sedap bersama sambal belacan. Selamat Mencuba semua!
Kredit: Sayidah Napisah
Baca Juga: Hanya Bermodalkan RM10 Ringgit Sahaja, Lelaki Ini Boleh Beli Ikan Patin Tempoyak & Kuih Di Bazar Ramadan Di Kelantan