Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Kaya Homemade Sebijik Rasa Macam Di Kopitiam, Sekali Buat Gerenti Repeat Lagi!

Resipi Kaya Homemade Sebijik Rasa Macam Di Kopitiam, Sekali Buat Gerenti Repeat Lagi!

Kategori: ,
kaya homemade

Biasanya, jika kita ke kopitiam, kita pasti akan memesan hidangan roti bakar yang menjadi hidangan tradisi kopitiam di seluruh negara. Roti bakar yang dihidangkan sememangnya lain dari yang lain. Rasanya lebih sedap dan tak sama jika kita buat di rumah.

Apa yang membuatkan roti rasa dengan lebih sedap adalah kaya yang disapu penuh dengan rasa lemak. Jadi kali ini, kami ingin berkongsi resipi kaya homemade yang rasa seakan makan roti bakar di kopitiam.

Mudah sahaja rupanya, boleh cuba resipi ini.

Resipi Kaya Homemade Sebijik Rasa Macam Di Kopitiam, Sekali Buat Gerenti Repeat Lagi!

Bahan A Untuk Gula Hangus:

  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
  • hanguskan gula dan masukkan air

Bahan B:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • pukul sebati hingga masukkan air

Bahan C:

  • 1 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • campurkan dan kacau sebati

Cara Penyediaan:

  1. Buat bahan A dulu kemudian perlahan-lahan masukkan bahan B dan kacau lagi hingga menggelegak.
  2. Kacau tanpa henti kemudian masukkan bahan C. Kacau tanpa henti hingga pekat. kaya homemade kaya homemade kaya homemade kaya homemade

Dah siap! Senang bukan? Bolehlah korang buat stok nanti untuk sapu dalam roti. Bahan pun mudah je. Paling best makan dan minum dengan kopi hitam. Memang memukau! Kalau korang nak, boleh buat makan dengan roti homemade ni. Sedap tau!

Sumber: Eanhana Bakers

Baca juga: Buat Roti Kongsi Dengan Jiran, Ini Cara Buat White Sandwich Loaf Viral. Memang Gebu & Lembut! Jom Try!

tags: |