Apa-apa resipi oleh Azlina Ina memang takkan mengecewakan. Semoga murah rezeki beliau sebab selalu berkongsi resipi hasil jualannya itu. Memang sudah terkenal satu Malaysia! Baru-baru ini, Azlina Ina berkongsikan resepi Kek Hazel Tiramisu.
Gabungan rasa hazel dengan kek yang lembut bersama cheese yang memang padu! Setiap kali jualan mesti licin, laku keras! Dengan menggunakan resipi perkongsian oleh beliau, anda kini boleh cuba buat sendiri di rumah. Mana tahu boleh jadi punca pendapatan lepasni.
Resipi Kek Hazel Tiramisu Azlina Ina
Bahan-bahan (ayak):
- 2 cawan tepung gandum (220g)
- 1 cawan serbuk koko (110g)
- 1 sacket oldtown hazel nut white coffee 3 in 1
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1/2 sk garam halus
Bahan mix:
- 5 biji telur*
- 1sb ovalate*
- 1 cawan gula (200g)*
- 1sk emolco coklat*
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan air panas
Cara-cara:
- Ayakkan semua bahan ayak. Ketepikan.
- Satukan bahan bertanda (*). Mix sampai kembang gebu.
- Bila dah kembang, masukkan susu pekat dan minyak masak. Slow kan mixer.
- Kemudian masukkan campuran tepung yang diayak tadi berselang seli dengan air panas sambil kacau sebati.
- Letakkan adunan dalam bekas sq 450. Kukus selama 15 minit. Bila dah masak sejukkan dahulu.
- Ketepikan, buat topping pula.
Bahan topping:
- 500g cream cheese
- 3/4 tin susu pekat
- 1 cawan whipping dairy uht
- 1 cawan susu segar
Cara-cara:
- Blender semua bahan sampai sebati.
- Letakkan topping di atas kek tadi.
- Masukkan dalam beti ais selama 1 jam baru ayakkan snow powder atas kek. (fungsi snow powder supaya serbuk atas tak meresap dalam cheese dalam tempoh delivery atau sebelum jual)
- Satu layer lagi, ayakkan campuran milo+serbuk koko+white coffe oldtown hazelnut 3 in 1) atas kek yang diayak snow powder tadi.
- Boleh jual dalam harga RM11-12.
- Selamat mencuba!