Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek Veteran Zaman Dulu, Ini Resipi Kek Minyak Sunquick Kukus Yang Sedap & Gebu. Buatlah Cara Ini!

Kek Veteran Zaman Dulu, Ini Resipi Kek Minyak Sunquick Kukus Yang Sedap & Gebu. Buatlah Cara Ini!

Kategori: ,
Kek Minyak Sunquick Kukus

Teringin nak makan kek-kek zaman dahulu? Perkongsian Masni Bahari tentang kek veteran zaman dulu, iaitu Kek Minyak Sunquick Kukus ni memang patut dicuba.

Jika korang berhajat untuk buat rumah terbuka, mestilah ini antara pilihan yang tepat untuk hidangkan ia kepada tetamu.

Sangat mudah! Bahan nak buat Kek Minyak Sunquick Kukus ni pun senang untuk didapati.

Kek Veteran Zaman Dulu, Ini Resipi Kek Minyak Sunquick Kukus Yang Sedap & Gebu. Buatlah Cara Ini!

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula – kisar halus
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar ovelet
  • 1 sudu besar baking powder
  • 3 sudu besar baking powder
  • 3 sudu besar pati sunquick – nak lebih silakan
  • sedikit pewarna oren

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan kecuali tepung, minyak dan susu cair.
  2. Mixer bahan tadi saampai jadi putih gebu.
  3. Kemudian, baru tuang susu cair dan minyak. Mixer hingga sebati, kemudian baru tuang tepung.
  4. Adun sehingga sebati. Sapu minyak sikit dekat loyang dan alaskan dengan kertas minyak.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Kukus selama 45 minit sampai kek betul-betul masak. Pastikan air betul-betul mendidih baru letak aadunan kek tadi. Kek Minyak Sunquick Kukus Kek Minyak Sunquick Kukus Kek Minyak Sunquick Kukus

Dah siap kita punya Kek Minyak Sunquick Kukus Sedap & Gebu. Bolehlah hidang kepada tetaamu yang datang nanti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Masni Bahari

Baca juga: Resepi Puding Laici Zaman 90-an, Sekali Cuba Terus Mengimbau Kenangan Masa Lalu

tags: | |