Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Peniaga Ini Kongsi Resipi Kek Pandan Coconut Moist Creamy, Sesuai Buat Hidangan Hari Raya

Peniaga Ini Kongsi Resipi Kek Pandan Coconut Moist Creamy, Sesuai Buat Hidangan Hari Raya

Kategori: ,
Kek Pandan Coconut Moist Creamy

Siapa peminat kek dekat sini dan rasa macam nak makan kek yang lembut, gebu dan creamy rasanya? Jom kita buat Kek Pandan Coconut Moist Creamy ini. Nampak sedap, kan? Bayangkan billa kek ni cair dalam mulut. Mesti korang tak sabar nak buat.

Jom ikut perkongsian Kek Pandan Coconut Moist Creamy daripada Azlina Ina ini. Katanya, jual kek ni 2 jam je dah sold out. Resepi ini sudah diolah supaya lebih moist dan lebih sedap. Garing di luar, tapi lembap di dalam.

Peniaga Ini Kongsi Resipi Kek Pandan Coconut Moist Creamy, Sesuai Buat Hidangan Hari Raya

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cawan whipping dairy
  • 1 sudu besar cuka makan
  • marjerin atau butter 500 gram
  • 1 cawan 1/2 gula halus
  • telur 7 biji – gred A/B.
  • 3 cawan tepung gandum cap Ros.
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 2 sudu besar perisa coconut pandan
  • 2 sudu besar pewarna hijau epal
  • 1 sudu besar essen vanilla
  • bekas 4571 – p

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan whipping dairy dan cuka makan. Biarkan selama 5 minit. Kek Pandan Coconut Moist Creamy
  2. Sementara itu, mix kan marjerin, gula halus sampai ia nampak gebu. Kek Pandan Coconut Moist Creamy
  3. Di dalam mix atau campuran itu, masukkan telur satu persatu biji dalam adunan tersebut. Kek Pandan Coconut Moist Creamy
  4. Pada bahagian lain pula, ayak tepung gandum, susu tepung, serbuk penaik sebanyak 2 kali. Kek Pandan Coconut Moist Creamy Kek Pandan Coconut Moist Creamy
  5. Masukkan dalam adunan bila selesai masuk telur tadi.
  6. Selepas itu, berselang masukkan campuran whipping cream dan cuka masakan pada langkah kedua itu. Kek Pandan Coconut Moist Creamy
  7. Taraa, inilah gambaran adunan akhir. Kek Pandan Coconut Moist Creamy
  8. Bahagikan 2 bahagian. 1 bahagian letak coconut pandan dicampur pewarna hijau epal.
  9. Satu lagi tambahkan esen vanilla dan kacau sebati kedua-duanya. Kek Pandan Coconut Moist Creamy
  10. Isi dalam bekas 4571-p dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah Celsius selama 40 hingga 45 minit. Kek Pandan Coconut Moist Creamy
  11. Masa dalam oven tu jangan risau kalau dia merekah sedikit. Tu tandanya kek korang gebu sangat dan dia naik dengan jayanya.  Kek Pandan Coconut Moist Creamy
  12. Siap untuk dimakan panas-panas. Sumpah sedap sangattt! Kek Pandan Coconut Moist Creamy
  13. Gebu sangat teksturnya. Kek pun halus jeee. Kek Pandan Coconut Moist Creamy

Dah siap hidangan Kek Pandan Coconut Moist Creamy kita ni. Sedap sangat kan? Korang yang mana nak buat untuk cuba berniaga pun boleh guna resepi ni tau. Mana tahu rezeki korang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati ya.

Sumber: Azlina Ina

Baca juga: Resepi Acar Telur Masin Dengan Rasa Masam Manis, Gandingan Tepat Makan Bersama Bubur & Nasi Panas!

tags: | |