Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Kerabu Jantung Pisang Style Pantai Timur, Sedap Sangat Sampaikan Tak Sedar Sekejap Je Boleh Habiskan!

Resipi Kerabu Jantung Pisang Style Pantai Timur, Sedap Sangat Sampaikan Tak Sedar Sekejap Je Boleh Habiskan!

Kategori:

Tak semua orang tahu bahawa jantung pisang dapat dimasak dalam pelbagai jenis hidangan. Jantung pisang ini sesuai kalau dimakan sebagai ulam-ulaman atau sayur-sayuran tapi hanya untuk jenis pisang tertentu sahaja. Jantung pisang ini kebanyakan jenis pisang yang boleh dimakan adalah yang dipetik, dimasak dan dimakan.

Antara hidangan yang boleh dibuat adalah jantung pisang goreng pedas, masak lemak jantung pisang lemak dengan pucuk ubi, kerabu jantung pisang kerisik dan sebagainya. Jadi kali ini, daily makan ini kongsikan resepi kerabu jantung pisang style pantai timur yang semestinya akan tambah.

Resipi Kerabu Jantung Pisang Style Pantai Timur, Sedap Sangat Sampaikan Tak Sedar Sekejap Je Boleh Habiskan!

Resepi Kerabu Jantung Pisang Style Pantai Timur ini dikongsikan oleh Masak Ke Hari Ini di laman media sosial Facebook Pagenya.

kerabu jantung pisang style pantai timur

Bahan-Bahan:

  • 1 biji jantung pisang-rebus empuk
  • 1 biji bwng besar-hiris nipis
  • 10 tangkai cili padi-hiris
  • 1 ekor ikan kembung-rebus /bakar dan amik isinya
  • 100 ml santan kotak (1/2 kotak santan kecik)
  • *1 biji bwng besar
  • *1 sudu mkn lada hitam
  • Garam dan perasa
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu makan kerisik

Cara Penyediaannya:

  1. Hiris jantung yang dah empuk tadi.
  2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat, masukkan isi ikan dan tumbuk sekali.
  3. Campurkan bahan tumbuk, bawang hiris, cili potong, garam, perasa, kerisik dan santan.
  4. Akhir skali perahkn limau nipis.
  5. Untuk elak dari cepat basi, boleh didihkan sekejap dalam kuali. Tapi akak masukkan dalam peti je. Nak makan baru keluarkan. Makan sejuk-sejuk, sedap.

kerabu jantung pisang style pantai timur kerabu jantung pisang style pantai timur

Tengok gambar sahaja sudah terliur apatah lagi kalau lihat dan masak di depan-depan. Kerabu Jantung Pisang Style Pantai Timur ini sangat sedap kalau dimakan dengan begitu sahaja. Atau anda juga boleh dimakan bersama dengan nasi putih yang suam panas.

Kredit: Masak Ke Hari Ini

Baca Juga: Gelagat Cina Kelantan Ratah Ulam Budu Sambil Cakap Pelat Kelantan, Netizen Terkejut Bahasa Tak Pelat Langsung

tags: | |