Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resipi Kuih Beko Kelapa Asli Cara Orang Kelantan. Nak Buatnya Mudah Sangat, Yang Penting Sedap!

Jom Cuba Resipi Kuih Beko Kelapa Asli Cara Orang Kelantan. Nak Buatnya Mudah Sangat, Yang Penting Sedap!

Kategori: ,

Kuih Beko Kelapa adalah makanan tradisional orang Kelantan. Kebiasaannya kuih beko ini hanya ditemui di negeri Kelantan dan juga Terengganu sahaja. Tempat lain pun ada tetapi jarang-jarang sahaja. Kuih beko adalah kuih lama sejak kewujudan datuk dan nenek kita.

Rasa kuih beko yang tidak muak dan cukup manisnya ini menjadi kegemaran ramai orang pada zaman dahulu. Rupanya yang rangup di luar lembut di dalam ini sedap dimakan panas-panas.

Jom Cuba Resipi Kuih Beko Kelapa Asli Cara Orang Kelantan. Nak Buatnya Mudah Sangat, Yang Penting Sedap!

Jom ikuti perkongsian resipi daripada Puan Nor Azliza Mohamed yang sangat senang tetapi akan menghasilkan rasa yang sedap dan berlemak.

kuih beko kelapa

Bahan-bahan

  • 3 cawan kelapa muda parut
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air @ secukupnya
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak masak ( untuk sapuan pada acuan)

Cara Penyediaan

  1. Campurkan semua bahan (kecuali minyak).
  2. Kacau sebati bancuhan.Air tuang sedikit demi sedikit.Bancuhan tak pekat dan tak cair.
  3. Panaskan oven 200°c.Oles minyak ke dalam acuan dan sudukan adunan.
  4. Bakar dalam 20 -25 minit atau sehingga sedikit keperangan.

kuih beko kelapa

Senang je rupanya nak buat kuih beko kelapa ni, dia ada perisa pandan jugak tau. Kalau korang tak makan yang ada perisa, boleh try makan yang kelapa kosong ni. Sangat sedap!

Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat untuk semua.

Selamat mencuba!

Sumber: Putri Adila Saari

Baca juga: Resipi Bubur Jagung Tin, Guna Bahan Sedia Ada Di Kedai Runcit! Terus Jadi Pilihan Orang Ramai Sebagai Pencuci Mulut

 

tags: | | |