Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Tradisional Rakyat Kelantan & Terengganu, Kuih Tepung Bunga Guna Tepung Pulut & Teksturnya Lembut

Kuih Tradisional Rakyat Kelantan & Terengganu, Kuih Tepung Bunga Guna Tepung Pulut & Teksturnya Lembut

Kategori: ,

Seperti kita tahu bahawa di negeri Kelantan dan Terengganu mempunyai pelbagai kuih-muih yang sedap dan jarang ditemui di negeri lain. Nak buat kuih-muih mereka juga sangat mudah namun rasanya sangat sedap hinggakan rasa ingin berpindah ke negeri ini.

Ini adalah antara salah satu kuih yang popular di sini iaitu Kuih Tepung Bunga atau dikenali sebagai Kuih Bunga. Ia menggunakan tepung pulut namun hasilnya sangat lembut.

Kuih Tradisional Rakyat Kelantan & Terengganu, Kuih Tepung Bunga Guna Tepung Pulut & Teksturnya Lembut

Resipi Kuih Tepung Bunga dikongsikan oleh Siti Aisyah dan dikongsikan semula di Facebook Page Resepi Viral.

Kuih Tepung Bunga

Bahan-Bahan:

  • Tepung pulut
  • Santan/air
  • Garam secubit
  • Sedikit kapur hujung sudu (optional)
  • Telur
  • Gula

Cara Penyediaannya:

  1. Gaul tepung pulut dengan santan/air, garam dan kapu makan. Uli hingga membentu seperti doh. Cara pembuatan seperti kuih puteri mandi.
  2. Adunan jangan terlalu keras dan jangan lembik sangat. Kalau keras, kuih ini akan jadi kenyal dan sukar dikunyah.
  3. Setelah itu, cuit sedikit dan gente bulat. Kemudian tekan di tengahnya biar jadi sedikit leper.
  4. Kemudian, celup ia ke dalam telur yang telah dikacau tadi.
  5. Terus masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga ia berwarna kekuningan dan masak sepenuhnya.
  6. Toskan dan bubuh di dalam pinggan. Tabur gula.

Kuih Tepung Bunga

Resipi Kuih Tepung Bunga ini sekali buat, mesti nak buat selalu kalau tetamu datang rumah sebab mudah. Dah lah mudah, sedap pulak tu. Jadi addictive untuk makan selalu.

Selamat Mencuba!

Kredit: Siti Aisyah

Baca Juga: Nak Pulut Cantik Di Hari Raya? Ini Cara Buat Pulut Tetal Bunga Telang Kaya Pandan, Ramuan Istimewa dan Sedap!

tags: | |