Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mengidam Nak Makan Makanan Dekat Rantau Panjang Tapi Jauh Pula, Nak Nak Pula Celup-Celup! Jangan Risau, Boleh Buat Sahaja Di Rumah Iaitu Resipi Maggi Siam Celup

Mengidam Nak Makan Makanan Dekat Rantau Panjang Tapi Jauh Pula, Nak Nak Pula Celup-Celup! Jangan Risau, Boleh Buat Sahaja Di Rumah Iaitu Resipi Maggi Siam Celup

Kategori: ,
Maggi Celup Siam

Kalau dah berkunjung ke Negeri Kelantan ini, mestilah akan singgah ke Rantau Panjang di mana tempat syurga makanan yang berdekatan Thailand. Pelbagai jenis makanan street food yang ada di situ hingga membuat pelancong rindu.

Kalau rindukan makanan celup-celup, anda boleh sahaja buat di rumah iaitu resipi Maggi Siam Celup yang sangat sedap sekali. Bolehlah lepaskan rindu anda dengan Kelantan.

Mengidam Nak Makan Makanan Dekat Rantau Panjang Tapi Jauh Pula, Nak Nak Pula Celup-Celup! Jangan Risau, Boleh Buat Sahaja Di Rumah Iaitu Resipi Maggi Siam Celup

Resipi Maggi Siam Celup ini dikongsikan oleh snfkitchen_90 di laman media sosial beliau di TikTok. Beliau juga banyak kongsikan pelbagai resipi-resipi yang menarik untuk diikuti oleh pengikutnya.

Maggi Siam Celup Maggi Siam Celup

Bahan-Bahan:

  • Bawang putih – dicincang
  • Tulang lembu
  • Sup bunjut thai
  • Bawang holland – dipotong
  • Bawang putih – dipotong
  • Lengkuas
  • Halia
  • Serai
  • Daun Ketumbar
  • Lada putih
  • Minyak bawang putih
  • Jus limau thai
  • Sos ikan thai
  • Air jeruk thai
  • Kicap manis
  • Serbuk lada sulah
  • Maggi serda
  • Kangkung
  • Taugeh

Maggi Siam Celup Maggi Siam Celup Maggi Siam Celup

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga garing. Selepas garing, tapiskan bawang putih dan ketepikan. Minyak jangan dibuang kerana untuk penyediaannya seterusnya.
  2. Masukkan tulang lembu ke dalam periuk yang berisi air, sup bunjut thai, bawang holland, bawang putih, lengkuas, halia, serai, daun ketumbar, lada putih dan rebuskan bersama-sama.
  3. Selepas selesai, angkatkan tulang lembu ketepi. Tapiskan sup yang dibuat tadi dan masukkan bawang putih yang digoreng pada awal tadi.
  4. Masukkan jus limau thai, sos ikan thai, air jeruk thai, kicap manis, serbuk lada sulah dan kacau hingga sebati.
  5. Potongkan isi tulang lembu sikit-sikit dan asingkan ke tepi.
  6. Keluarkan maggi serda dari plastik dan letakkan di atas penapis. Kemudian letakkan kangkung, taugeh dan celurkan dengan kuah sup yang dibuat sehingga maggi kembang seperti yang anda inginkan.

Maggi Siam Celup Maggi Siam Celup Maggi Siam Celup Maggi Siam Celup Maggi Siam Celup

Fuh, menjadi betul resipi Maggi Celup Siam ni. Siap boleh buat jual ni kalau duduk di negeri luar Kelantan sebab susah juga nak buatnya.

Selamat Mencuba!

@snfkitchen_90

Maggi Celup Siam 🍜 . 🧄Minyak Bawang Putih : 🌷Bawang putih kisar kasar 🌷Minyak . 🫕Kuah celup pressure cooker : 🌷Air 🌷tulang lembu 🌷bawang putih ketuk 🌷bawang holland hiris 🌷halia hiris 🌷lengkuas hiris 🌷serai ketuk 🌷akar ketumbar & daun ketumbar 🌷sup bunjut thai 🌷lada putih . 🫕panaskan sup celup : 🌷minyak bawang putih 🌷serbuk lada putih 🌷jus limau thai 🌷air jeruk bawang thai 🌷sos ikan thai 🌷kicap manis .
🧂Condiment : 🍝Maggi thai serda & perencah 🧄Minyak bawang putih
🌶️air lada : Cili api & besar, cuka, garam, gula, air panas
🌶️cili jeruk : cili besar hiris, airpanas, cuka, gula, garam
🥬kangkung & taugeh celur 🥬limau nipis & daun sup 🥩Daging . skip bahan yang tak ada :
➡️lobak jeruk masin thai
➡️kacang tanah hancur thai
➡️fishball/meatball/crabstick/ ayam/perut lembut/paru . Tips : ✅Garam tak letak dalam kuah biar dia rasa plain sikit sebab nanti bila nak makan akan tambah perencah magi serda. salu kat kedai pon tak tambah garam sebab orang kedai akan tambah garma masa prepare dalam mangkuk nanti. . #resepimudah #easyrecipe #resipisimple #thaifood #thaifoodlover #menuthai #makananthailand #thailandfood #thaifoods #maggi #resepimaggi #maggie #maggilover #magginoodles #maggiserda #celupcelup #maggicelup #meggicelup #meecelup #kelantanfood #kelatefood #makanankelantan #micelupthai #maggiecelup #maggicelupthai #maggiecelupthai #maggiserda #maggieserda #maggiecelupsiam #maggicelupsiam

♬ original sound – 𝓒𝓱𝓪𝓷 𝓑𝓮𝓵𝓵𝓪 🦖💫 – 𝙰𝚍𝚒𝚔 𝙼𝚊𝚗𝚒𝚜 ツ

@snfkitchen_90 Maggi Celup Siam 🍜 . 🧄Minyak Bawang Putih : 🌷Bawang putih kisar kasar 🌷Minyak . 🫕Kuah celup pressure cooker : 🌷Air 🌷tulang lembu 🌷bawang putih ketuk 🌷bawang holland hiris 🌷halia hiris 🌷lengkuas hiris 🌷serai ketuk 🌷akar ketumbar & daun ketumbar 🌷sup bunjut thai 🌷lada putih . 🫕panaskan sup celup : 🌷minyak bawang putih 🌷serbuk lada putih 🌷jus limau thai 🌷air jeruk bawang thai 🌷sos ikan thai 🌷kicap manis .
🧂Condiment : 🍝Maggi thai serda & perencah 🧄Minyak bawang putih
🌶️air lada : Cili api & besar, cuka, garam, gula, air panas
🌶️cili jeruk : cili besar hiris, airpanas, cuka, gula, garam
🥬kangkung & taugeh celur 🥬limau nipis & daun sup 🥩Daging . skip bahan yang tak ada :
➡️lobak jeruk masin thai
➡️kacang tanah hancur thai
➡️fishball/meatball/crabstick/ ayam/perut lembut/paru . Tips : ✅Garam tak letak dalam kuah biar dia rasa plain sikit sebab nanti bila nak makan akan tambah perencah magi serda. salu kat kedai pon tak tambah garam sebab orang kedai akan tambah garma masa prepare dalam mangkuk nanti. . #resepimudah #easyrecipe #resipisimple #thaifood #thaifoodlover #menuthai #makananthailand #thailandfood #thaifoods #maggi #resepimaggi #maggie #maggilover #magginoodles #maggiserda #celupcelup #maggicelup #meggicelup #meecelup #kelantanfood #kelatefood #makanankelantan #micelupthai #maggiecelup #maggicelupthai #maggiecelupthai #maggiserda #maggieserda #maggiecelupsiam #maggicelupsiam ♬ original sound – 𝓒𝓱𝓪𝓷 𝓑𝓮𝓵𝓵𝓪 🦖💫 – 𝙰𝚍𝚒𝚔 𝙼𝚊𝚗𝚒𝚜 ツ

Kredit: snfkitchen_90

Baca Juga: Khas Untuk Peminat Kerabu Maggi, Ini Dia Resepi Kerabu Maggi Terpaling Menjadi & Sedap. Dah Macam Dekat Thailand!

tags: | |