Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lelaki Ini Kongsi Resipi Maggi Untuk Orang Demam, Ini Cara Masak Paling Menjadi! Letaklah Bahan Ni..

Lelaki Ini Kongsi Resipi Maggi Untuk Orang Demam, Ini Cara Masak Paling Menjadi! Letaklah Bahan Ni..

Kategori: ,
Maggi untuk orang demam

Apabila kita demam, deria rasa kita selalunya tidak terkesan oleh makanan yang dimakan. Masuk sahaja makanan dalam mulut, rasa seperti ingin muntahkan kembali kerana rasa yang mual. Maggi untuk orang demam adalah saatu hidangan yang patut korang try masa ni.

Jadi untuk kali ini, kami kongsikan hidangan Maggi buat orang demam tau. Rasanya memang pekat dan sedap. Tak boleh buat selalu. Masak masa demam bagi tekak ada rasa.

Jom kita ikuti perkongsian Maggi untuk orang demam daripada Yayar Awang Noh ini.

Bahan-Bahan:

  • paket maggi
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu serbuk kari
  • air
  • secubut garam
  • setengah sudu kecil stok ayam
  • telur

Cara Penyediaan:

  1. Tumiskan 5 ulas bawang putih bersama 1 sudu serbuk kari.
  2. Masukkan air untuk kuah.
  3. Masukkan secubit garam dan setengah sudu kecil stok ayam.
  4. Masukkan Maggi dan rencah Maggi.
  5. Masukkan telur, siap!
  6. Pekat dan superb sangat kari ini ya.

Dah siap kita punya Maggi untuk orang demam ni. Ada yang cakap, bila nak lagi padu, letaklah cabai melaka dan serbuk kari Babas sedikit. Perahkan limau memang sedap! Ada yang makan pedas jadi lagi cepat kebah.

Sumber: Yayar B Awang Noh

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Dumpling Udang Simple Buat Sendiri, Rasa Sedap Yang Penting Sihat

tags: | |