Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Masak Gulai Rambutan Bersama Lauk Lain. Hidangan Tradisional Yang Unik & Harus Cuba!

Ini Resipi Masak Gulai Rambutan Bersama Lauk Lain. Hidangan Tradisional Yang Unik & Harus Cuba!

Kategori: ,

Kebiasaanya kita akan dengar gulai ayam, gulai daging dan gulai ikan. Tapi hari ini perkongsian resepi gulai rambutan yang jarang dimasak oleh orang lain.

Mungkin kedengaran pelik disebabkan jarang orang memasak gulai menggunakan buah.

Ini Resipi Masak Gulai Rambutan Bersama Lauk Lain. Hidangan Tradisional Yang Unik & Harus Cuba!

Resepi ini dikongsikan di laman sosial Facebook Mieya Amira (Masak Apa Tak Jadi Hari Ini), dan ramai netizen memberitahu tidak tahu bahawa rambutan sebenarnya boleh dijadikan gulai. Menarik!

Gulai Rambutan ini boleh dimasak bersama semua jenis lauk, termasuk ayam, ikan, daging. Tapi kebiasaanya Mieya Amira masak bersama ikan kering.

gulai rambutan

Bahan-Bahan:

  • Buah rambutan (masam)
  • Rempah kari daging (3 sudu besar)
  • Santan pekat (2 cawan)
  • Kulit kayu manis (1 batang)
  • Daun kari
  • Bunga lawang (1 biji)
  • Bunga cengkih (2 biji)
  • Udang kering (2 sudu besar)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang merah (5 ulas)
  • Bawang Besar (1/2 biji)
  • Minyak (menumis)
  • Gula melaka (1/4 keping)
  • Garam (secukup rasa)
  • Asam keping (2 keping)
  • Lauk pilihan sendiri (ikan/ayam/udang/daging)

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, udang kering.
  2. Gaulkan bersama rempah kari.
  3. Tumis bahan kisar dengan rempah kari, daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih, asam keping dan bunga lawang.
  4. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan santan, biarkan sehingga mendidih.
  6. Kemudian, masukkan buah rambutan, garam dan gula melaka.
  7. Masak sehingga kuah pekat.
  8. Rasakan masin atau manisnya, jika terkurang boleh tambah yang mana patut.

gulai rambutan gulai rambutan

Dah siap! Boleh masak untuk tengah hari, malah untuk malam pun boleh. Boleh segera ke pasar untuk mencari rambutan masak gulai rambutan.

Sedapnya Masam Masam Manis

Menjengah di ruangan komen, ramai mengatakan gulai rambutan ini jarang di dengar dan takut untuk mencuba. Bimbang, bila memasak resepi ini akan rasanya lain.

Macam macam orang lain inovasi buah menjadi kari, gulai dan sebagainya. Tetapi hasilnya tetap sedap dan enak untuk dimakan. Jadi, tunggu apa lagi, anda boleh mencubanya di rumah.

Kredit: Mieya Amira (Masak Apa Tak Jadi Hari Ini)

Baca Lagi: Siapa Pernah Cuba Kari Rambutan? Ramai Orang Cakap Sedap, Ini Resepinya

tags: | |