Jika anda ingin masak hidangan yang sedap tapi senang, anda berada di tempat yang betul. Kali ini Daily Makan ingin berkongsi satu resipi masakan kepak ayam madu yang hanya dimasak dalam kuali. Tak perlu pembakar dengan kepulan asap.
Kepak Ayam Bakar Madu ini memang akan menjadi kesukaan seluruh ahli keluarga dan teman. Cukup ringkas dan mudah disediakan. Jom kita ikuti perkongsian ini.
Resipi Masak Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali, Makan Dengan Nasi Boleh Nak Ratah Pun Sedap
Bahan-Bahan:
- 3 biji bawang putih
- 1 sudu makan madu
- 2 sudu makan kicap manis pedas
- 1 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan minyak
Info Bahan Masakan:
- Kalau tidak ada kicap pedas, boleh gunakan kicap manis. Kemudian tambah cili padi hiris letak ikut citarasa anda.
- Guna kicap manis biasa sahaja jika anak-anak tidak makan pedas.
Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dengan warna keperangan.
- Masukkan ayam masak sehingga ayam bertukar warna jadi keperangan. Boleh guna kuali yang tak melekat. Non stick pan.
- Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Masak sehingga kering ataupun likat.
- Siap untuk dihidang!
Haaa dah siap kita punya Kepak Ayam Bakar Madu. Bolehlah kalau nak ratah or makan dengan nasi kan. Memang sedap dan best.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan merasai.
Sumber: Nana Sabrina Sarsan
Baca juga: Resipi Sotong Kangkung Simple & Sedap! Campur Sos Pekat Terus Dapat Rasa Mengancam!