Kadang-kadang, kita dah jemu dengan hidangan nasi dan ingin makan hidangan ringan seperti mi. Jika anda tercari-cari hidangan apa untuk dimakan ketika minum petang misalnya, artikel ini memang untuk anda.
Untuk kali ini, Daily Makan ingin berkongsi satu resipi lengkap mi kicap yang sedap dan sudah disekalikan bersama sup wantan. Memang mudah dan enak!
Jom kita ikuti perkongsian AliyaFarhana Chomeyy ini dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mi kicap & sup wantan.
Gadis Ini Kongsi Resipi Mudah Masak Mi Kicap & Sup Wantan, Buat Begini Barulah Sedap..
Resipi Wantan
Bahan-Bahan:
- kulit wantan segera (boleh dibeli di pasaraya)
- 2 keping dada ayam – dicincang (nak letak isi udang cincang pun boleh)
- 1/2 biji bawang holland – diracik
- sedikit lobak merah – diracik
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu makan minyak bawang putih
- 1 sudu teh garam
- sikit daun bawang – diracik halus
Cara Penyediaan:
- Gaulkan semua bahan di atas (kecuali kulit wantan hingga sebati).
- Ambil kulit wantan dan letak isi ayam yang sudah digaul di tengah-tengah.
- Sapukan sedikit air di hujung kulit wantan dan bunjutkan. Boleh juga dilipat segitiga atau dikelim mengikut kreativiti anda.
- Bila siap, wantan boleh digoreng, dikukus atau direbus bersama sup.
Resipi Sup Wantan
Bahan-Bahan:
- 2 gelas air – lebihkan jika nak lebih banyak sup
- tulang ayam – lebihan dari dada ayam tadi
- bebola ikan secukupnya
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh lada sulah
- 1cm halia – dihiris nipis
- 2 sudu makan minyak bawang putih
- garam secukup rasa
- wantan yang dihasilkan tadi
Cara Penyediaan:
- Satukan semua bahan diatas (kecuali bebola ikan dan wantan) dan masak hingga mendidih.
- Kemudian akhir sekkali masukkan bebola dan juga wantan. Biar mendidih sekali lagi barulah padamkan api.
Resipi Mi Kicap
Bahan-Bahan:
- 1 paket mi wantan – boleh beli di pasaraya
- 4 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan kicap cair/manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu teh lada sulah
Cara Penyediaan:
- Panaskaan air dan celur mi wantan. Toskan.
- Masukkan mi ke dalam bekas dan tuang semua bahan-bahan lain. Gaul hingga rata.
- Hidangkan mi dengan wantan goreng, sup wantan dan juga cili jeruk. Sellamat mencuba!
Dah siap satu hidangan lengkap bagi mi kicap & sup wantan ini. Jadi bolehlah sediakan dan makan di rumah.
Sumber: AliyaFarhana Chomeyy
Baca juga: Cara Buat Mi Hokkien Versi Halal, Ternyata Mudah & Ringkas Sahaja Sebenarnya!