Jom buat meatball ala ikea ni. Cara buat pun mudah je hanya perlu guna metball yang jual di pasaraya. Perkongsian resipi oleh Cik Moon, jom cuba!
Resipi Mudah Meatball Ala Ikea
Hidangan untuk 2-3 orang. Guna meatball di pasaraya sahaja.
Bahan ntuk gravy:
-
2 sudu besar tepung gandum
-
Butter. Cik Moon guna butter Tatura. Berat seketul butter dlm lebih kurang 250g so Cik Moon bahagi 4 bhgn. Kita guna 1/4 drpd bahagian tadi.
-
Stok ayam or daging. Bole juga pakai kiub stok.
-
Lada hitam dan garam.
-
Air 2 cawan. Ni kalau kita tak guna stok ayam or daging sebagai kuah.
Cara-cara:
- Langkah pertama, panas butter tadi dlm kuali. Bila dah cair masukkan pula tepung gandum dan goreng smpi garing.
- Jgn panik klu warnanya jd sgt perang. Color yg perang tu akan jadikan kuah kita tadi cantik.
- Dah agak2 garing bole la masukkan stok ayam or daging. Keep kacau utk elakkan tepung drpd berketul.
- Bila dah menggelegak masukkan lada hitam yg ditumbuk halus dan sedikit garam.
Bahan untuk Mashed Potato:
Cara-cara:
- Rebus kentang smpi lembut. Klu nak cepat masak kentang tadi potong dadu kecil2. Masa rebus letak mix herb tadi.
- Bila dah agak2 empuk masukkan butter dan lenyek. Last sekali masukkan garam. Ada jugak org suka letak lada sulah. Ikut selera masing2.
Bahan untuk Sayur:
Cara-cara:
- Yang ni sayur pilihan Cik Moon. Bole ganti dgn sayur lain. Mix vege ke ape ke terpulang. Sayur tadi potong ikut bentuk kesukaan. Cik moon potong carrot guna pisau bergerigi bagi la bentuk carrot tu menarik. Celur sayur tadi dlm 2-3 minit.
- Past yang paling last sekali masa utk dihidang. Meatball yg siap digoreng dihidangkan bersama mashed potato and gravy. Sayur sebagai pelengkap. Ok siap.
Selamat mencuba!