Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Nasi Goreng Biasa Ala Thai Padu, Chef Kongsi Rahsia Sebenar Dalam Masakan!

Resipi Nasi Goreng Biasa Ala Thai Padu, Chef Kongsi Rahsia Sebenar Dalam Masakan!

Kategori: ,,
nasi goreng biasa

Nasi goreng merupakan antara menu yang menjadi pilihan semua orang mahupun orang bujang atau berkahwin. Ini kerana, menu ini hanya memerlukan resepi yang ringkas, bergantung kepada nasi goreng apa yang kita mahukan.

Nasi goreng memang terdapat pelbagai jenis. Ada yang rumit dan ada yang senang. Tetapi terkadang, apabila kita memasak nasi goreng biasa, rasanya tidak memberangsangkan dan selalunya tawar.

Persoalan untuk masak nasi goreng biasa tapi mahukan rasa yang mantap ni selalu timbul di minda kan? Bagi menjawab persoalan itu, jadi dah tiba masanya anda tahu rahsia resepi nasi goreng biasa dari Chef Thai @rnifar095 yang popular dekat TikTok ni!

Resipi Nasi Goreng Biasa Ala Thai Padu, Chef Kongsi Rahsia Sebenar Dalam Masakan!

Bahan-Bahan:

  • sedikit minyak
  • seulas bawang putih yang diketuk
  • 1 biji telur
  • beberapa ketulan isi ayam
  • satu senduk nasi
  • hirisan sayur baby kailan dan tomato,
  • bawang holland
  • cili merah sedikit
  • cili padi sedikit
  • sos cili kimball satu sudu
  • sos tiram satu sudu
  • gula
  • ajinamoto
  • kicap sotong separuh senduk
  • air limau sedikit
  • sos golden mountain
  • kicap hitam

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan dan panaskan sedikit minyak ke dalam kuali.
  2. Ketuk bawang putih dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Pecahkan telur sebiji ke dalam bekas dan pukul. Lalu tuang ke dalam kuali.
  4. Masukkan isi ayam.
  5. Masukkan nasi satu senduk.
  6. Masukkan sayur baby kailan, tomato, bawang holland, bawang merah, cili padi.
  7. Masukkan sos cili kimball satu sudu, sos tiram, gula, ajinamoto, kicap sotong, air limau ,sos golden mountain dan kicap hitam (boleh campurkan bahan inni ke dalam senduk dulu baru tuang dalam kuali)
  8. Gaulkan sehingga sebati dan biarkan nasi bertukar kehitaman.
  9. Boleh rasa dahulu sebelum hidang.

nasi goreng biasa nasi goreng biasa nasi goreng biasa

@rnifar095

ตอบกลับ @emah9431 Resepi nasi goreng biasa ala Thai paduuuuuu#foryou #malaysia #fyp #viral

♬ เสียงต้นฉบับ – Sarifah Daraman – Sarifah Daraman

@rnifar095 ตอบกลับ @emah9431 Resepi nasi goreng biasa ala Thai paduuuuuu#foryou #malaysia #fyp #viral ♬ เสียงต้นฉบับ – Sarifah Daraman

Perghhh! Siap sudah nasi goreng biasa kita. Memang sedap dan lazat serta boleh buat sendiri dekar rumah. Nasi goreng biasa dann tak akan jadi tawar dah. Cubalah ya semua!

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: rnifar095

Baca juga: Bilis Goreng Pedas Sira Orang Dulu-Dulu, Resepi Yang Menggamit Memori!

tags: | |