Rasa nak buat nasi tomato?
Dalam suasana yang menumpukan majlis perayaan ataupun jamuan bagi meraikan keramaian antara dua jarak yang selama ini menjadi penghalang dua tangan berjabat, pasti ada yang bingung untuk memasak menu apa bagi dihidangkan kepada tetamu.
Selalunya, tuan rumah tidak tahu sukatan dan kuantiti untuk memasak bagi menjamu spesifik bilangan yang datang. Bagi majlis yang kecil, jikalau anggaran masakan untuk 20 orang bolehlah masak resepi nasi tomato mengikut kuantiti berikut.
Resipi Nasi Tomato Untuk 20 Orang Makan, Sesuai Masak Bagi Perayaan Dan Rumah Terbuka
Bahan-bahan (nasi tomato):
- 8 cawan beras Basmathi direndam 30 minit
- 9 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 1 biji bawang merah besar saiz sederhana dicincang
- 6 ulas bawang putih dicincang
- 2 inci halia dititik
- 4 sudu besar sos tomato
- 1/2 tin tomato puree
- 1 kiub ayam
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 1 batang serai dititik
- 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengki, buah pelaga)
- minyak sapi / butter / marjerin untuk menumis
- daun pandan / ketumbar
- kismim
- garam dan gula
Cara Penyediaan (nasi tomato):
- Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih. Jika bawang dah kekuningan masukkan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yang dipotong dadu.
- Bila semua dah sebati boleh lah masukkan beras dan kacau / goreng selama 5 minit lebih kurang.
- Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismin dan 2 tangkai daun ketumbar.
- Bila periuk nasi dah ke warm, terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit atau berkerak di bawah. Biarkan selama 5 – 10 minit baru la buka tudung periuk dan boleh kacau nasi pakai garpu @ chopstik untuk elakkan nasi patah.
Bahan-bahan (ayam masak merah):
- 1 1/2 ekor ayam (mengikut resepi, dapat 23 ketul)
- 2 biji bawang besar (dikisar)
- 7 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 inci halia (dikisar)
- 2 batang serai (dikisar)
- 1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
- sos cili, sos tomato
- gula melaka
- gula, garam
- tomato
- 1 biji bawang besar untuk hiasan
- 4 sekawan
- minyak untuk menumis
Cara penyediaan (ayam masak merah):
- Gorengkan ayam.
- Tumiskan bawang merah, putih, serai dan halia kisar sampai naik bau. Kemudiaan masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.
- Masukkan ayam dan kacau sehingga 10 minit lebih kurang biar ayam tu sebati.
- Akhirnya, taburkan bawang dan tomato.
- Siap untuk dihidang!
Jadi, sudah siap nasi tomato untuk dihidang kepada kira-kira 20 orang. Kalau rasa nak lauk lebih, bolehlah anda tambahkan seekor dua lagi ayam. Tak perlu fikir dah tentang makanan tak cukup atau pembaziran yang akan berlaku sebab kita dah anggar kuantiti untuk dihidang.
Selamat mencuba dan menikmati! Semoga bermanfaat ya.
Sumber: Latipah Karim
Baca juga: Pernah Dengar Kuih Perut Ayam? Jom Buat Kuih Ini Dengan Resepi Yang Paling Ringkas!