Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Nasi Tomato & ‘The Geng’ Mudah Untuk Dicuba, Anak-Anak Pasti Menambah!

Resipi Nasi Tomato & ‘The Geng’ Mudah Untuk Dicuba, Anak-Anak Pasti Menambah!

Kategori:
Resipi Nasi Tomato

Masih tercari-cari idea menu untuk masak tengah hari? Apa kata jom buat nasi tomato yang mudah untuk dicuba ini. Disertakan selain lauk-lauk lain untuk digandingkan bersama. Memang sesuai dimakan seisi keluarga. Selamat mencuba!

Resipi Nasi Tomato & ‘The Geng’ Mudah Untuk Dicuba, Anak-Anak Pasti Menambah!

1) Resipi Nasi Tomato

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • Air secukupnya – anggaran air 1 cwn beras basmathi ( 1.5 cwn air)
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sdb tomato puri
  • 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
  • Sedikit minyak/marjerin
  • 4 biji bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dn gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Beras direndam dalam 30 minit, basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bwg dan halia.
    Masukkn 3 sekawan dan daun pandan. Bila dah layu masukkn tomato puri.
  3. Masukkn beras. Masukkn susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam
    pindahkan masuk ke dalam periuk nasi.
  4. Biarkan nasi masak. Bila dah agak kering kacau jap guna garfu.
  5. Taburkan kismis dan bawang goreng jika suka.

2) Resipi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 cwn cili kisar
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sekawan
  • 2 sdb sos cili
  • 1 sdb sos tiram
  • Air anggaran 1 cawan kalau nak berkuah letak lebih
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 biji bawang besar
  • Bawang goreng untuk tabur

Cara-cara:

  1. Ayam digoreng dengan garam kunyit.
  2. Blendkan bahan yang bertanda (*)
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend sampai naik minyak.
  4. Masukkan 3 sekawan dan cili kisar. Tumis sampai cili garing.
  5. Masukkn sos cili dan sos tiram. Masukkan air, garam dan gula
  6. Bila dah mendidih, masukkn ayam dan bawang besar hiris. Boleh masukkan kacang peas jika suka.
  7. Hiaskan dgn bawang goreng.

3) Resipi Acar Mentah Nenas Dan Timun

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji nenas
  • 1 biji timun
  • 2 biji cili merah
  • 1sdb cuka mkn
  • Garam dan gula

Cara-cara:

  1. Potong nenas dan timun. Hiris cili.
  2. Gaulkan semua bahan dah siap.

4) Resipi Kurma Telur

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur – direbus
  • 5 biji bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia dihiris
  • 1 biji bunga lawang dan sedikit kayu manis
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 peket rempah kurma
  • 1 cawan santan + sedikit air
  • 1 biji cili hijau
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak tumis beg merah, bawang putih, bunga lawang, kayu manis dan halia hingga garing.
  2. Masukkn rempah kurma dan sedikit air. Tumis hingga naik minyak baru masukkan telur.
  3. Masukkn santan dan sedikit air jika mahu kuah banyak. Masukkan tomato, perasakan debgan garam. Boleh tambahkan kentang jika suka.

Selamat mencuba!

Kredit: Hidayati Hana

tags: