Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Ini Resipi Nestum Coklat Bar Sedap, Paling Senang Guna 2 Bahan Je Rasa Mantap Macam Kit Kat

Ini Resipi Nestum Coklat Bar Sedap, Paling Senang Guna 2 Bahan Je Rasa Mantap Macam Kit Kat

Kategori:
nestum coklat bar

Dalam banyak-banyak resipi kuih atau kek raya yang bertebaran di internet, pasti ada yang tercari-cari resipi yang amat simple dan senang untuk dibuat kan. Korang tak payah pening kepala sebab kami ingin kongsikan resipi yang amat senang dibuat dan tentunya sedap.

Bayangkan, hanya guna 2 bahan sahaja dengan cara penyediaan yang mudah, korang boleh dapat biskut yang sedap dah. Sesuai lah buat raya nanti. Semua peringkat umur boleh buat.

Dan paling best, tak perlu guna oven atau airfryer pun. Jom ikuti perkongsian resipi Ida Zaida ini.

Ini Resipi Nestum Coklat Bar Sedap, Paling Senang Guna 2 Bahan Je Rasa Mantap Macam Kit Kat

Bahan-Bahan:

  • Nestum (rekomen guna jenama Nestle)
  • Coklat Bar

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan coklat bar guna kaedah double boiling. nestum coklat bar
  2. Masukkan nestum ke dalam cairan coklat tadi. nestum coklat bar
  3. Gaul sebati. nestum coklat bar
  4. Ratakan pada tray yang telah dilapis plastik supaya senang nak keluarkan nanti. nestum coklat bar
  5. Potong siap-siap dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidang.nestum coklat bar
  6. Siap! nestum coklat bar nestum coklat bar

Amat mudah kan buat nestum coklat bar ni. Dengan rasa lemak manis nestum tu, memang ramai akan suka. Kalau habis nanti takpa, sebab senang je cara penyediaannya.

Semoga perkongsian nestum coklat bar ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Ida Zaida

Baca juga: Pagi Raya Tak Tahu Nak Buat Dessert Apa Untuk Tetamu? Apa Kata Anda Cuba Buat Resipi Kek Pandan Kastard

tags: | |