Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Paprik Ayam Thai Terlajak Sedap, Rasa Setanding Macam Kat Kedai Tomyam!

Resipi Paprik Ayam Thai Terlajak Sedap, Rasa Setanding Macam Kat Kedai Tomyam!

Kategori:

Selain tomyam, paprik ayam thai adalah menu popular di kedai tomyam. Aroma serai dan daun limau purut yang wangi membangkitkan selera. Sungguh enak dihidangkan bersama nasi putih dan telur dadar yang masih panas.

Kalau tak ada banyak masa nak buat banyak lauk, hidangan paprik ayam ni dah cukup nutrisi dengan protein dan sayur-sayuran. Buat bekal makan pun mantap ni.

Di sini, Daily Makan ingin berkongsi resepi mudah dan sedap untuk Ayam Masak Paprik Thai. Dijamin puas hati dan sedap. Selamat mencuba.

Cara Buat Ayam Paprik Thai

Bahan-bahan Paprik Ayam:

  • Sedikit minyak
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 keping isi ayam bahagian dada
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit air
  • Daun limau purut
  • Karot
  • 2 batang kacang panjang
  • Bunga kubis
  • Sayur babycorn
  • Capsicum merah
  • Cili api
  • Bawang Holland
  • Sedikit gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong bahan untuk ditumis bawang putih, bawang holland, halia dan daun limau purut.
  2. Potong bahan sayur bunga kubis, sayur babycorn, karot, kacang panjang dan cili api.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia yang telah dipotong bersama serai yang telah dititik.
  4. Masukkan cili kisar dan ayam yang telah dipotong.
  5. Masukkan sos cili, pes tomyam, sos tiram, kicap manis, sos ikan dan sedikit air.
  6. Masukkan sayuran yang telah dipotong dan kacau sehingga masak.

Baca juga: Jom Buat Paprik Sotong Yang Menggiurkan Ini, Memang Sedap Sampai Boleh Menusuk Kalbu. Rugi Kalau Tak Cuba Tau!

tags: | | | |