Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Paratha Nutella Air Fryer, Cara Paling Senang Dengan Rasa Paling Sedap!

Resipi Paratha Nutella Air Fryer, Cara Paling Senang Dengan Rasa Paling Sedap!

Kategori: ,
paratha nutella air fryer

Hello penggemar coklat, perkongsian kali ini memang untuk korang. Sedap dan cair di mulut tau. Dah lah senang je nak buat. Ikut je langkah demi langkah, korang boleh nikmati paratha nutella air fryer dengan sekelip mata. Boleh makan dengan keluarga atau rakan bersama. Sedap sangat!

Resipi Paratha Nutella Air Fryer, Cara Paling Senang Dengan Rasa Paling Sedap!

Bahan-Bahan:

  • paratha
  • 2 biji telur
  • nutella
  • gula

Cara Penyediaan:

  1. Letakkan salutan nutella di atas kepingan paratha. paratha nutella air fryer
  2. Pastikan nutella disapu dengan rata. Ikut suka korang nak coklat banyak mana.
  3. Ambil satu lagi kepingan paratha yang lain dan kapitkan ia.
  4. Potong seperti gambar dii bawah. Jangan bagi rosak sebab kita akan gulungkan ia. paratha nutella air fryer
  5. Selepas itu, gulungkan paratha nutella tadi macam ni. paratha nutella air fryer
  6. Letak atas pelapik air fryer. Lumurkan telur yang dikacau ke atas roti paratha tadi. paratha nutella air fryer
  7. Letakkan gula ke atasnya.
  8. Bakar dalam air fryer dengan suhu 180 darjah celcius bersama masa 10 minit.
  9. Siap! Tadaaa inilah hasilnya. paratha nutella air fryer

Dah siap kita punya paratha nutella air fryer ni. Memang senang dan sedap. Coklatnya akan cair di mulut bila korang gigit paratha nutella tu nanti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua, lagi-lagi penggemar coklat. Selamat menikmati!

Sumber: Tan Mooii Ling

Baca juga: Resepi Acar Rampai Pembuka Selera, Buat Banyak-Banyak Simpan Dalam Peti. Nak Makan Terus Ambil!

tags: | |