Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Pau Kaya Pandan Gebu Versi Kampung, Memang Sedap & Senang Buat Cara Ni

Resipi Pau Kaya Pandan Gebu Versi Kampung, Memang Sedap & Senang Buat Cara Ni

Kategori: ,
Pau Kaya Pandan

Pau kampung sememangnya sedap dimakan kerana teksturnya yang gebu dan lembut. Ditambah pula dengan pelbagai inti yang sedap dan beraneka membuatkan pau kampung ini digemari ramai.

Untuk kali ini, kami akan berkongsi satu resipi pau kampung iaitu Pau Kaya Pandan gebu yang memang mudah dibuat dan sedap dimakan.

Yang paling menarik, satu adunan doh boleh sediakan beberapa inti. Jadi bila makan, terdapat beberapa perisa yang boleh dinikmati. Best kan?

Jom ikuti perkongsian Fierah Zulaikha dengan resipi mudaah yang boleh dicuba ini bersama.

Resipi Pau Kaya Pandan Gebu Versi Kampung, Memang Sedap & Senang Buat Cara Ni

Bahan-Bahan:

  • 250 gram tepung pau
  • 50 gram gula halus
  • 2 gram garam halus
  • 15 gram shortening
  • 3 gram yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 gram magic improver atau bread softener
  • air secukupnya
  • inti pes pandan atau apa-apa initi kegemaranPau Kaya Pandan

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk kecuali yis.
  2. Sebatikan bahan dan masukkan air secukupnya.
  3. Kemudian masukkan yis dan putar dihh hingga adunan menjadi elastik.
  4. Selepas siap adunan, timbang doh seberat 40-50 gram setiap satu.
  5. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 5 minit.
  6. Masukkan inti ke dalam doh dan bulatkan. Perap sekejap dalam 35 minit hingga doh kembang.
  7. Sebelum kukus, panaskan air dalam periuk kukus terlebih dahulu. Kemudian letah doh pau tadi dan kukus sselama 10-12 minit guna api sederhana besar.
  8. Untuk nak tahu pau siap masak atau belum, lihat permukaan pau. Jika licin ia menunjukkan pau telah masak.
  9. Keluarkan pau dan sedia untuk dinikmati.Pau Kaya Pandan Pau Kaya Pandan Pau Kaya Pandan

Sudah siap pau kaya pandan gebu ini. Selain itu, antara inti yang boleh dicuba adalah inti sardin, sambal bilis, kari ayam dan BBQ. Bolehlah makan dengan kopi panas-panas atau teh ais! Power rasanya!

Sumber: Fierah Zulaikha

Baca juga: Masak Lemak Kubis Jadi Kesukaan Keluarga, Makan Pula Dengan Budu Dan Sambal!

tags: | |