Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Makanan Minum Petang Bersama Keluarga, Resipi Potato Fingers Kegemaran Anak-Anak & Keluarga Bersama! Makan Bersama Teh Panas, Syiok!!

Makanan Minum Petang Bersama Keluarga, Resipi Potato Fingers Kegemaran Anak-Anak & Keluarga Bersama! Makan Bersama Teh Panas, Syiok!!

Kategori: ,

Bila dah ada waktu lapang bersama keluarga, waktu itulah paling sesuai untuk keluarga bersama-sama untuk luangkan masa bersama. Tetapi, mestilah ada makanan untuk dimakan semasa berbual supaya kemeriahan lagi terpampar di wajah keluarga kita.

Jadi, ini adalah salah satu idea resipi yang boleh dimakan bersama semasa minum petang iaitu resipi Potato Fingers. Semestinya menjadi kegemaran kepada anak-anak!

Makanan Minum Petang Bersama Keluarga, Resipi Potato Fingers Kegemaran Anak-Anak & Keluarga Bersama! Makan Bersama Teh Panas, Syiok!!

Resipi Potato Fingers ini dikongsikan oleh Cookings by Maria dan dikongsikan semula di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.

Potato Fingers

Bahan-Bahan:

  • 3 Biji kentang
  • 5 sudu besar Tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar daung bawang dihiris
  • 1 sudu besar carrot cincang
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil garam

Note: Tepung beras untuk fingers yang rangup tapi kalau tiada tepung beras boleh letak tepung jagung sahaja.

Cara Penyediaannya:

  1. Rebus kentang dan lenyekkan
  2. Masukkan semua bahan di atas dan gaulkan
  3. Bila doh kelihatan kering tambah 1 sudu kecil butter/minyak.
  4. Bentukkan macam mana korang suka.
  5. Biarkan selama 5-10 minit dalam peti ais sebelum goreng.

Potato Fingers

Mudah sahaja rupanya untuk siapkan Potato Fingers ni, tak perlu nak fikir-fikir serabutkan fikiran anda untuk cari makanan yang sesuai untuk petang nanti.

Selamat Mencuba!

Kredit: Cookings by Maria

Baca Juga: Cara Buat Crispy Golden Potato Untuk Keluarga & Anak-Anak. Sesuai Dimakan Di Waktu Pagi Juga Petang, Rangup & Lembut Isinya!

tags: | |