Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Puding Buah Peach Penyejuk Tekak, Dessert Masam Manis Yang Lembut & Sedap

Resipi Puding Buah Peach Penyejuk Tekak, Dessert Masam Manis Yang Lembut & Sedap

Kategori: ,
puding buah peach

Buah peach sememangnya sedap dengan rasa masam manis yang memang menyegarkan tekak. Kalau dibuat puding lagilah rasanya mengancam.

Jadi kali ini, Daily Makan ingin berkongsi hidangan dessert yang diperbuat daripada buah peach iaitu resipi puding buah peach. Sememangnya kesukaan seisi keluarga. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan bersama rakan dan keluarga.

Resipi Puding Buah Peach Penyejuk Tekak, Dessert Masam Manis Yang Lembut & Sedap

Bahan-Bahan:

  • 1 paket agar-agar tali (37.5gram)
  • 6 cawan air (termasuk air buah peach)
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula (ikut suka)
  • 1 tin buah peach
  • 1/4 cawan sunquick
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • buah ceri untuk hiasan (suka hati)

Cara Penyediaan:

  1. Basuh agar-agar, masak bersama air sehingga hancur. Kemudian masukkan gula.
  2. Kemudian masukkan air buah peach, sunquick lalu kacau sebati.
  3. Masukkan pewarna kuning, susu cair, garam dan esen vanila lalu kacau.
  4. Masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Kacau guna api sederhana.
  5. Dah nampak cantik padam kan api.
  6. Susun buah peach dalam loyang. Tuang adunan agar-agar tadi ikut kreativiti masing-masing.puding buah peachpuding buah peach

Haaa dah siap dessert sedap kita.  Memang sedap puding buah peach yang menjadi penyejuk tekak ini. Masam manis yang tak terkata. Selamat mencuba!

Sumber: Tg Khuzanika

Baca juga: Resipi Roti Nan Cheese Homemade Kegilaan Ramai, Seisi Keluarga Pun Pasti Suka!

tags: | |