Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Patutlah Resipi Puding Oreo Ini Mendapat ’63K Share’, Semudah ABC Je Nak Buat!

Patutlah Resipi Puding Oreo Ini Mendapat ’63K Share’, Semudah ABC Je Nak Buat!

Kategori: ,
Resipi Puding Oreo

Masih mencari-mencari resipi pencuci mulut yang mulut? Nah, ini dia resipi mudah yang wajib dicuba oleh anda. Resipi puding oreo yang mendapat 63 ribu ‘share’ di Facebook menerusi Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Memang ramai dah cuba, memang menjadi dan sudah semestinya sedap! Cara nak buat pun mudah sangat.

Resipi Puding Oreo

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus agar-agar @ 25gram
  • 6 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan serbuk Milo
  • 1 bungkus Oreo 137gram

Cara-cara:

  1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut.
  2. Kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.
  3. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan. Masukkan biskut oreo yang sudah dihancurkan ke dalam acuan.
  4. Kemudian tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
  5. Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati. Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.
  6. Sejukkan, siap!
  7. Selamat mencuba!

Kredit: Fauziah Yahya

Baca juga : Resepi Puding Susu Strawberi Yang Mudah Dan Sedap, Sesuai Untuk Dibuat Hantaran Khawin

tags: