Seorang peniaga berkongsikan resipi pulut kuning dan rendang ayam hasil jualannya. Resipi ini sesuai untuk anda yang sudah lama mencari idea untuk berniaga. Kalau nak buat untuk makan satu keluarga sahaja pun boleh. Selamat mencuba!
Resipi Pulut Kuning
Bahan-bahan:
-
1kg beras pulut
-
1sdb serbuk kunyit/pewarna kuning lemon
-
1 @ 2 keping asam keping(utk cantikan pulut
-
3 cwn santan sederhana pekat
-
1 sdb gula
-
11/2 sdb garam
-
Daun pandan
Cara-cara:
-
Basuh beras pulut hingga bersih. Kemudian rendam beras pulut bersama asam keping, serbuk kunyit atau pewarna kuning semalaman. Paras air mestilah lebih dari paras beras pulut.
-
Basuh beras pulut yang direndam tadi. Buang asam keping dan toskan beras pulut seketika.
-
Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Jika periuk kukus berlubang besar, lapik dengan daun pandan.
-
Masukkan beras pulut ke dalam periuk dan kukus selama 30minit.
-
Sementara menunggu pulut masak, boleh lah memasak santan sekejap untuk elakkn pulut cepat basi. Satukan santan,gula garam serta daun pandan. Masak dengan api perlahan sehingga santan mendidih sedikit. Pastikan guna api kecil kerana jika besar, santan akan pecah minyak dan berketul.
-
Bila pulut dah siap di kukus selama 30minit. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan terus masukkan santan sedikit demi sedikit. Arun rata pulut dan santan.
-
Selepas arun dengan santan. Biarkan dalam 15 minit kemudian boleh masukkan semula ke dalam periuk kukus dan kukus lebih kurang 25 minit.
-
Siap.
Resipi Rendang Ayam
Bahan-bahan kisar halus:
- Bawang merah kecil
- Bawang putih
- Bawang besar
- Serai
- Halia
- Lengkuas
- Cili padi
- Cili kisar
- Kunyit (saya guna serbuk kunyit)
- Asam keping
Bahan lain:
- Ayam dipotong & bersihkan
- Santan
- Kerisik
- Garam dan gula secukup rasa
- Hirisan halus daun kunyit
Cara-cara:
- Ada dua versi. Cara 1, masukkan semua bahan dalam periuk @ kuali. Masak hingga kuah pekat.
- Cara 2, tumis semua bahan hingga pecah minyak.
- Masukkan santan pekat dan asam keping. Biar kuah jadi pekat baru masukkan ayam. Masak hingga ayam lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Siap!
- Masa menumis, gula minyak banyak sebab nak bagi bahan kisar masak elok. Nanti dah siap masak, boleh keluarkan minyak tu.
Selamat mencuba!
Kredit: Faizah Awang