Sebut saja perkataan ‘kek’, memang ramai peminatnya. Kalau ada depan muka memang tidak akan ditolak. Lagi-lagi buat kaum wanita, memang favourite mereka kalau bab kek ni.
Mungkin ada sesetengah yang suka buat sendiri kek berbanding beli. Jadi apa kata selepas ini jom cuba buat Red Velvet Oreo Cheese Cake ni pula. Sebelum ini kita hanya biasa dengar Oreo Chesee Cake sahaja bukan? Red Velvet Oreo Cheese Cake ini pun boleh tahan sedap juga. Jom cuba!
Resipi Red Velvet Cheese Cake Mudah Guna Sukatan Cawan
Bahan-bahan Base:
- 2 bungkus biskut oreo (buang krimnya) – dikisar halus
- 1/4 cawan butter – dicairkan
Cara-cara:
-
Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan padat² dlm loyang bulat 8″ yang telah gris dan dialas baking paper.
-
Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
Bahan-bahan kek:
-
500 gm cream cheese
-
1/2 cawan gula halus
-
1/2 sudu teh esen vanila
-
1/2 cawan natural yogurt
-
2 biji telur A
-
15 keping oreo dipatah empat
Cara-cara:
- Putar cream cheese, gula dan esen vanila hingga gula hancur dan sebati. Masukkan natural yogurt, putar hingga sebati.
- Masukkan telur sebiji², putar sebati. Kemudian masukkan oreo yg dipatah empat, kaup balik dgn spatula hingga rata.
- Bakar secara steam-bake selama 45-50 minit pada suhu 150c atau hingga masak.
-
Renggangkan pintu oven dan biarkan dalam 5 minit baru keluarkan kek dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman.
- Hiaskan red velvet oreo cheese cake mengikut kreativiti masing².
Kredit: Rozmaliza Omar