Roti Nan atau lebih dikenali sebagi Roti Tempayan merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalam tempayan.
Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini mempunyai beberapa ramuan, ia termasuk tepung gandum, lelemak dan rempah. Ia dimakan bersama kuah dal atau kari dan kadang-kadang dihidangkan bersama ayam tanduri.
Jadi kali ini, Daily Makan ingin berkongsi resipi Nan Cheese Homemade yang sedap dan gebu. Memang senang buat dekat rumah.
Apa tunggu lagi? Jom kita ikuti perkongsian daripada Nur Amiera ini.
Resipi Roti Nan Cheese Homemade Kegilaan Ramai, Hingga Seisi Keluarga Suka
Bahan-Bahan:
- 1kg tepung gandum cap rose
- 1/2 cawan marjerin
- 1/2 cawan gula
- 1 ssudu makan yis (mauripan)
- Keju cheddar keping – secukupnya
Cara Penyediaan:
- Masukkan gula ke dalam air. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
- Dalam bekas berlainan, masukkan tepung gandum, marjerin dan yis. Gaul sebati.
- Tuang air campuran gula tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga tepung tidak melekat di tangan. Pastikan bancuhan tepung tidak keras.
- Tutup doh dengan tuala lembap selama 1/2 jam.
- Bila doh naik, tumbuk doh bagi membuang angin.
- Bahagikan doh dan bulatkan. Leperkan doh, masukkan keju dan canai leper. Biarkan 15 minit.
- Panaskan kuali tahan lekat dan masukkan doh tadi. Tutup tudungnya dan masak guna api perlahan. Biar masak di kedua-dua belah.
- Bila roti dah masak, sapukan sedikit mentega supaya roti nampak berkilat.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama kari atau sambal tumisikan bilis, Kalau nikmati bersama Ayam Tandoori pun sedap!
Haaa siap sudah Roti Nan Cheese Homemade kita. Sememangnya kegilaan ramai dan seisi keluarga pun suka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua! Selamat menikmati!
Sumber: Nur Amiera
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Homemade Fries, Sekali Pekena Memang Tak Pandang Dah Frozen Fries Lain!