Terung pipit yang comel ini mempunyai pelbagai nama lain iaitu terung rembang dan terung manggul. Tumbuhan terung pipit ini ditanam untuk dapatkan buahnya dijadikan sebagai sayur-sayuran.
Jadi ini dia antara resipi Terung Pipit antara yang anda boleh cuba untuk dimasak. Resipi Sambal Bilis Terung Pipit Pedas skala yang boleh membuatkan anda sakit perut kerana kepedasannya.
Tak Ramai Tahu Bahawa Terung Pipit Ini Boleh Buat Bermacam ‘Style’, Ini Resipi Sambal Bilis Terung Pipit Pedas Boleh Sakit Perut
Resipi Sambal Bilis Terung Pipit Pedas ini dikongsikan oleh Fara Lome lalu dikongsikan semula oleh Facebook Page Ibu Resepi.
Bahan-Bahan:
- Cili Padi (sepedas rasa)
- Bawang Merah (dihiris)
- Bawang Putih (dihiris)
- Belacan Bakar (dihiris)
- Terung Pipit
- Asam keping
- Air
- Garam
- Gula
- Ikan Bilis
- Bawang Holland
Cara Penyediaannya:
- Tumbukkan cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan bakar. Tumbuk biasa-biasa sahaja.
- Kemudian, gorengkan ikan bilis sehingga garing dan jangan buang minyak goreng ikan bilis.
- Gunakan minyak goreng ikan bilis untuk tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
- Selepas tumis, masukkan pipit goreng, bawang holland yang telah dihiris, asam keping sekeping dan air sedikit.
- Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan ikan bilis yang digoreng. Gaul rata dan siap!
Terliur betul bila tengok gambar resipi Sambal Bilis Terung Pipit Pedas kerana lain dari yang lain lauk ini. Makan bersama nasi panas sambil hirup teh panas, mesti terus menyandar ke dinding kerana terlampau kenyang.
Selamat Mencuba!
Kredit: Fara Lome
Baca Juga: Lain Dari Yang Lain, Ini Cara Buat Laksa Siam, Sedap & Simple Sahaja Untuk Dijadikan Hidangan Berbuka Puasa