Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Sambal Telur Ikan Bilis & Bebola Ikan, Senang Sangat Nak Buat

Resipi Sambal Telur Ikan Bilis & Bebola Ikan, Senang Sangat Nak Buat

Kategori:
Sambal Telur Ikan Bilis

Dengar sahaja ‘sambal’, macam senang je nak masak kan? Tapi sebenarnya, bukan senang untuk mendapatkan rasa sambal yang betul-betul sedap.

Sambal yang sedap perlu mengambil masa yang sedikit lama. Jika sambal dimasak terlalu cepat, sambal akan menjadi kurang masak dan menjadi salah satu punca yang boleh menyebabkan sakit perut kerana cili tidak dimasak dengan betul.

Jika anda nak tahu bagaimana cara untuk memasak sambal dengan betul dan yang penting rasanya sedap, jom lihat perkongsian oleh Nurul Ateekah di bawah. Sambal ini juga boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan sambal lain.

Cara Membuat Sambal Telur Ikan Bilis & Bebola Ikan

Bahan-bahan:

  • Telur 10 butir (direbus dan dibuang kulit)
  • Bebola ikan 12 ketul
  • Ikan bilis 4 sudu besar
  • Gula melaka 50gram
  • Gula pasir 2 sudu besar (ikut kemanisan yang disukai)
  • Serbuk belacan 1 sudu besar @ ½ sudu kecil belacan kiub
  • Garam (jika mahu)
  • Serbuk Perasa knorr (jika mahu)
  • Perahan air asam jawa (1-2 sudu besar)
  • Minyak masak secukupnya

Bahan kisar:

  • Bawang besar 5 biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • Cili kering segengam

Cili kering dibuang biji, dibasuh dan toskan. Kemudian kisar bersama bawang.

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur. Masukkan telur dan goreng selama 1-2 minit, angkan dan toskan. Seterusnya goreng bebola ikan dan ikan bilis.
  2. Gunakan minyak yang sama, masukkan bahan kisar yang telah dikisar. Masak sambal sehingga warna kemerahan menggunakan api sederhana.
  3. Masa memasak sambal adalah paling kurang 1 jam untuk dapatkan rasa tumisan sambal yang sedap.
  4. Apabila sambal sudah masak dan garing, masukkan perahan air asam jawa, serbuk belacan/belacan, gula melaka dan gula pasir. Gaul sebati dan biarkan gula melaka cair.
  5. Warna akan berubah menjadi warna merah gelap. Jika anda suka manis, lebihkan gula pasir mengikut citarasa.
  6. Apabila warna sambal sudah gelap cantik, barulah masukkan telur, bebola ikan dan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul rata dan siap.
  7. Selamat mencuba!

Info: Sambal ini juga boleh digunakan untuk memasak sambal udang, sambal sotong, sambal ika, sambal ikan bilis, sambal nasi lemak dan apa-apa jenis mee, kuey teow atau mihun.

Hidangan ini sangat sesuai dinikmati. Simple tapi tetap enak, wajib cuba nanti.

Selamat mencuba.

Kredit: Nurul Ateekah

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Nasi Goreng Kampung Yang Simple Tapi Tetap Sedap Dan Kena Dengan Selera

tags: